Saturday 30 July 2011

Kitab-Kitab Taqlidi Dalam Rawatan Islam/Ilmu Hikmah

0 comments
1- Syamsul Anwar wakunuuzul Asrar
Karangan Syeikh Ahmad Ali Bin Al-Buuni

2- Risalah Mizaanul Adli Fii Maqoosidil Ahkaamir Ruumi
Karangan Assayyid Abdul Qaadir Al-Husaini

3- Manba' Usuulil Hikmah
Karangan Syeikh Ahmad Ali Albuuni

4- Arrohmah Fittibbi Walhikmah
Karangan Imam Jalaaluddin As-Suyuuthi

5- Al-Aufaq
Karangan Imam Al- Ghazali

6- Khaziinatul Asraar Wa Jaliilatul Azhar
Karangan Assayyid Muhammad Haqqi Nazili

7- Al-Fawaaidh Fis Silsilah Wal Awaaidh
Karangan Syeikh Siraaji Zabidi

Ahlan Wasahlan Yaa Ramadhan

0 comments
Ahlan Wasahlan Yaa Ramadhan
assalaamulaikum...

Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Akhir bulan syaaban ini juga aku diminta oleh pihak surau untuk menyampaikan ceramah ringkas tentang bulan puasa dan hal-hal yang berkaitan puasa.

Setelah merujuk dan membuat ulangkaji beberapa buah kitab lama yang dipelajari, aku membuat rumusan dan insya Allah akan menyampaikan beberapa perkara yang penting untuk kita semua ketahui tentang ibadat puasa.

Pertama: Takrif dan Hukum Puasa

Puasa darisegi bahasa bermaksud menahan daripada sesuatu. Jika kita menahan diri daripada bercakap, kita juga boleh dianggap berpuasa pada bahasa.
Manakala darisegi syara', puasa bermaksud menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dengan dengan niat dan cara-cara yang tertentu dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Manakala hukum puasa pula (syarat wajib puasa) adalah empat perkara:
1- Islam
2- Baligh
3- Beraqal
4- Berkuasa.
Ada beberapa ulama' yang menambah kepada enam perkara...iaitu
5- Sihat tubuh badan
6- bermukim.

Kedua: Sebab Wajib Puasa ramadhan

Mesti melaksanakan ibadah puasa apabila berlaku salah satu daripada lima perkara dibawah:
1- Sempurna Bulan Sya'ban 30 hari
2- Melihat Anak Bulan Ramadhan pada malam ketiga puluh sya'ban oleh seorang laki-laki yang adil. Kemudian hendaklah dia bersaksi di hadapan qadhi untuk di war-warkan kepada umum.
3- Melihat anak bulan ramadhan pada hak orang yang fasiq, atau perempuan, atau hamba. Mereka hendaklah berpuasa jika melihat sendiri dan tidak perlu bersaksi di hadapan qadhi. Orang yang percaya dengan kata-kata mereka juga perlu berpuasa.
4- Perkhabaran yang mutawaatir seperti ramai orang yang mengkhabarkan, atau bunyi meriam, atau dipasang pelita atau seumpamanya mengikut adat sesuatu negeri.
5- Zhon atau berat sangka dengan jalan ijtihad bagi orang yang berada di penjara atau tawanan perang dan sebagainya.

Ketiga: Syarat Sah Puasa

Terdapat empat syarat sah puasa:
1- Islam, terkeluar daripadanya kafir samaaada kafir asli atau murtad
2- Tamyiiz
3- Suci daripada haid, nifas dan wiladah
4- Mengetahui akan waktu yang boleh berpuasa padanya

Kelima: Syarat Wajib Puasa


Terdapat Tiga syarat utama iaitu:
1- Islam. Imam Malik berpendapat Islam hanya syarat sah dan bukan syarat wajib kerana orang islam atau bukan islam semuanya menaggung kewajipan berpuasa. Imam syafie berpendapat kafir asli tidak wajib manakala kafir murtad masih wajib dan perlu diqadha setelah ia masuk islam kembali.
2- takliif ataupun baligh dan beraqal.
3- Berkuasa
Imam zayyaadi dalam kitabnya Al-Anwaar menambah dua lagi syarat wajib Iaitu:
4- Sihat tubuh badan
5- Bermukim

Keenam: Rukun Puasa

1- Niat pada malam hari setiap malam di sisi Imam Syafie. Manakala di sisi imam hambali dan maliki boleh niat sebulan terus dengan syarat tidak putus puasa di tengah-tengah. Di sisi imam hanafi pula, niat boleh dilakukan dari malam hingga gelincir matahari esoknya.
2- Meninggalkan perkara-yang membatalkan puasa.
3- Orang yang berpuasa.

Ketujuh: Perkara Membatalkan Puasa

1- Riddah atau keluar daripada Islam
2- Haid, nifas dan wiladah
3- Gila, pengsan atau mabuk seluruh hari
4- Membatalkan puasa dengan sengaja
5- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka
6- Muntah dengan sengaja
7- Berbekam di sisi Imam Hanafi, manakala di sisi Imam Syafie ianya makruh sahaja.
8- Bersetubuh

Kelapan: Syarat Wajib Kifarat Jima'

1- Orang yang menyetubuhi, yakni lelaki.
2- Tidak dilakukan semasa musafir yang harus Qosar
3- Dalam bulan Ramadhan, yakni puasa ramadhan sahaja
4- Semua jenis Jima' walaupun dengan binatang
5- Tidak dicampuri dengan perkara - perkara lain yang membatalkan puasa
6- Mukallaf, yakni baligh dan beraqal

Kesembilan: Wajib Menahan Diri Walaupun Batal Puasa

1- Buka dengan sengaja
2- Meninggalkan niat
3- sahur selepas waktu subuh walaupun disangka masih malam
4- Berbuka sebelum maghrib walaupun disangka sudah malam
5- Tidak berpuasa dengan menyangka masih syaa'ban sedangkan sudah ramadhan
6- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja

Maklumat diatas dirujuk daripada beberapa buah kita feqah yang masyhur antaranya Fathul Muin karangan Syeikh zainuddin, Kasyfus sijaa karangan Syeikh Ibnu Abil Mu'thi, Kifayatul Ghulaam karangan Syeikh daud Al-Fathooni, Al-Fiqhu Alaa Mazaahib Arbaah karangan Dr Mohd Ibraahiim.

Semua perkara di atas hanyalah asas-asasn puasa dan setiap tajuk ada huraiannya masing-masing yang mana ianya boleh didapati di dalm kitab-kitab feqah agama kita...

wallaahu A'lam Bissowaab.

Ayat-Ayat Ruqyah

1 comments
Ayat-Ayat Ruqyah
Di bawah ini adalah senarai ayat-ayat Al-Quran yang biasanya digunakan dalam perubatan Islam. Ianya juga disebut sebagai ayat-ayat Manzil. Berdasarkan kepada sunnah rasulullah dan amalan para sahabat, ayat-ayat ini digunakan untuk merawat pelbagai penyakit terutama penyakit yang berkaitan rohani atau spritual manusia. Ia juga digunakan dalam perubatan menangkis ganguan makhluk halus termasuk sihir.

Mungkin kaedah yang digunakan oleh perawat adalah berbeza mengikut keilmuan masing-masing. Ada yang membacanya pada belakang pesakit, atau ubun-ubunnya, atau ditiup keseluruh badan, atau dibaca pada air dan limau untuk mandi dan minum, atau lain-lain lagi. Namun, ayat-ayat yang digunakan adalah hampir sama kerana ianya merujuk kepada sumber yang satu iaitu Al-Quran. Ayat-ayat Ruqyah atau Manzil adalah sebagaimana di bawah:

1 - Surah Fatihah Ayat 1-7
2 - Surah Al-Baqoroh Ayat 1-5, 102-103, 113-114, 254-257, 286
3 - Surah Aala-Imraan Ayat 18-19
4 - Surah Al- A'raaf Ayat 54-56, 117-122
5 - Surah Yunus Ayat 81-82
5 - Surah Ibraahiim Ayat 52-53
6 - Surah Al-Mukminuun Ayat 115-118
7 - Surah Al-Israak Ayat 45-46
8 - Surah Too Haa Ayat 69-70
7 - Surah Yaasiin Ayat 1-9
8 - Surah Assoffaat Ayat 1-10
9 - Surah Al-Ahqaaf Ayat 29-32
10 - Surah Al-Hasyr Ayat Akhir
11 - Surah Al-Jin Ayat 1-10
12 - Surah Ar-Rahmaan Ayat 26-36
13 - Surah Al-Insyiraah Ayat 1-8
11 - Surah Ahad Ayat 1-4
12 - Surah Al-Falaq Ayat 1-5
13 - Surah An-Naas Ayat 1-6

Mengikut amalan saya, ayat-ayat ini saya bacakan sebahagiannya pada bahan-bahan rawatan seperti air dan seumpamanya, dan sebahagian lagi pada badan pesakit sama ada pada bahagian belakang atau hadapan bergantung kepada kesesuian. Saya juga menggunakan ayat di atas untuk ditiup pada badan pesakit terutama pada bahagian-bahagian yang mengalami kesakitan.

Ayat-ayat tersebut mestilah dibaca dengan betul darisegi hukum-hakamnya, seperti panjang-pendeknya, dengungnya, waqof dan ibtidaknya dan lain-lain. Bacaan mestilah dengan suara yang nyaring agar semua orang dapat menghayatinya dan bukan sahaja pesakit.

Selain merawat dengan ayat-ayat ruqyah, doa-doa rasulullah dan para ulamak juga mesti digunakan bersama-sama munajat kita selaku orang yang merawat. Ingat, yang menyembuhkan bukan jampi atau ruqyah kita, tetapi itu hanya ikhtiar sahaja. Yang maha Menyembuhkan hanyalah Allah Taala. kadang-kadang untuk memastikan kesembuhan yang cepat, niat, kaedah dan kepercayaan kita kepada Allah adalah yang paling utama. Jangan sesekali taajub pada perawat atau takut pada penyakit. Tiada yang benar-benar berkuasa melainkan Dia yang Maha Tunggal.

Kaedah yang saya gunakan lebih kurang begini :
Iktiqad--------Niat-----Rawat------Ikhlas--------Doa-------Munajat---------Tawakkal

Ketujuh-tujuh perkara amat penting dalam kita merawat dan memohon kesembuhan. Setelah saya mempelajari dan mempraktiknya, saya dapat rasakan ada perubahan besar dan amat ketara dalam saya melakukan proses pengubatan. Ada yang sakit dan telah cuba mengobat di banyak tempat hingga habis ratusan ringgit, namun belum sembuh. Setelah berubat beberapa kali dengan saya, barulah ada perubahan dan ianya semakin pulih. Ingatlah, Rahsianya bukan pada orang yang mengobati itu, tetapi pada orang yang minta diubati. Niat, iktiqad, kepercayaan dan rawatan yang kita cari mestilah benar-benar berpaksi pada jalan yang betul dan diredhai Allah. Jangan kita berubat dengan orang yang hanya menggunakan ayat-ayat Allah, tetapi tidak memandangkan pada kekuasaan Allah dengan penuh yakin dan sebenar-benarnya. Jangan Yang dipandang dan difokuskan hanya pada rawatan sahaja, tidak pada iktiqad dan kepercayaan yang benar-benar yakin. Apatah lagi jika kita melakukan rawatan dengan cara-cara yang bukan Islam, malah jauh menyeleweng hingga syirik dan menyekutukan Allah...Itu jauh lebih parah dan akan memudaratkan kita dengan lebih dahsyat...Kesembuhan yang dicari tetapi yang dapat hanyalah kemurkaan Allah...Bagaimana Dia ingin mengurniakan kesembuhan, Bukan begitu????

Setiap satu ada perinciannya yang mana hampir kesemuanya melibatkan batin atau hati kita. Insya Allah, jika ada kelapangan kita akan berkongsi dengan izinNya jua

Ilmu Pengobatan Dan Variasinya

0 comments
Assalamulaikum Warohmatullah...

Pada hari ini, Saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang ilmu perubatan yang diamalkan masa kini. Secara amnya, ilmu perubatan terbahagi kepada dua, iaitu Perubatan Moden dan Tradisional.

Perubatan Moden ialah perubatan yang menggunakan kaedah-kaedah yang moden dan ianya melibatkan penggunaan ubat-ubatan moden dan alat-alat moden yang berasaskan teknologi moden yang canggih-canggih. Sudah tentu kosnya juga kadang-kadang membebankan, terutama jika rawatan yang dilakukan melibatkan penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan seumpamanya. Dahulunya, perubatan ini diasaskan oleh ulamak-ulamak islam terkenal. namun setelah ratusan tahun, perubatan ini berkembang jauh lebih pesat di negara-negara barat dek kerana banyaknya pengkajian-pengkajian dilakukan di sana.

Perubatan Tradidsional yang juga dikenali sebagai perubatan melayu lama, adalah satu jenis perubatan yang menggunakan kaedah-kaedah dahulukala yang melibatkan pengunaan herba-herba, pokok-pokok tanaman, pokok-pokok hutan, pelbagai buah-buahan dan sebagainya. Kadangkala, unsur-unsur yang berupa jampi serapah dimasukkan bersama-sama perubatan ini.

Pada hari ini pula, kedua-dua Ilmu perubatan tersebut lebih dikenali dengan nama Perubatan Moden dan Perubatan Alternatif. Kadang-kadang disebut juga Perubatan Islam.

Kesimpulannya, Perubatan Moden juga adalah perubatan Islam. Jangan kita anggap perubatan yang menggunakan ayat A-Quran sahaja perubatan Islam, manakala Perubatan Moden adalah perubatan bukan Islam. Ketahuilah bahawa semua perubatan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam adalah perubatan Islam, samaada moden atau tradisional, samaada menggunakan ayat-ayat Al-Quran ataupun tidak. Ini kerana ilmu yang berasaskan fitrah dan tidak pula menyalahi agama Islam adalah salah satu daripada ilmu Islam dan digalakkan kita mempelajari serta mengamalkannya. Bukankah Islam itu adalah fitrah dan yang menyalahi fitrah adalah juga menyalahi Islam.

Jangan sesekali kita keliru tentang perkara ini. Oleh sebab itu, adalah sangat baik jika kita berubat dengan kedua-dua kaedah ini. Ianya akan mempercepatkan proses kesembuhan jika diizinkan Allah Taala.

Wallaahu A'lam....

Renungan Tassawwuf

0 comments
Alhamdulillah, wassolaatu wassalaamu alaa rasuulillah, wa alaa aalihi wasohbihi waman walaah...

Berkatalah Syeikh Muhammad Soleh dalam kitabnya bahawa ilmu yang wajib dituntut oleh setiap muslim itu tiga perkara: Ilmu Tauhid iaitu ilmu mengenal Allah, Ilmu Feqah iaitu ilmu menyembah Allah, dan Ilmu Tasaawuf iaitu ilmu mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun begitu, yang menjadi fardhu ain pada ketiga-tiga ilmu ini ada had-hadnya, kerana ilmu tersebut amat luas dan mendalam.

Pada Ilmu Tauhid, wajib kita menuntut akan dia barang yang berkaitan dengan sifat yang wajib, mustahil dan harus pada hak Allah taala. Wajib juga kita menuntut perkara-perkara yang berkaitan dengan sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi hak rasul-rasulNya. Selain itu wajib juga kita mempelajari perkara-perkara samiyyaat atau ghaibiyyaat yang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah dalam sunnahnya, seperti syurga, neraka, timbangan, mahsyar, kewujudan jin dan malaikat, dan hal-hal yang berkaitan sekira-kira ianya menjadi dalil akan kewujudan dan kekuasaan Allah dan menambahkan keyakinan seseorang pada yang demikian itu. wajib belajar beserta dalil-dali ijmali, yakni dalil umum yang bertepatan dengan aqal yang waras. Manakala mengetahui dalil-dalil syara' atau tafsilin pada sekalian itu adalah fardhu kifayah jua.

Pada ilmu Feqah pula, fardhu ain ke atas kita mempelajari segala perkara yang bersabit dengan amalan wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan segala yang berkaitan dengannya, dari segi syaratnya, rukunnya, yang membatalkannya. Berbeza dengan haji, wajib kita belajar apabila telah sampai kewajipan kita menunaikannya. Sekiranya masih belum mampu, jadi mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Itulah yang disebut oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Minhaajul Aabidin dan Fathul Qariib.

Pada Ilmu Tasaawwuf pula, wajib kita menuntut barang yang bersabit dengan perkara-perkara yang mengesahkan amalan kita, kerana terbatalnya amalan kita dek kerana wujudnya perkara-perkara yang tidak baik di dalam hati sanubari kita. Sebagai contoh, jika kita solat tanpa khusyuk, amalan kita tidak diterima meskipun sah pada hukum feqahnya. Begitu juga jika kita menderma dengan perasaan bangga diri atau riyak, juga tidak diterima. secara kesimpulannya, fardhu ain ke atas kita belajar perkara yang bersabit dengan hati, seperti sifat-sifat mahmudah, sifat-sifat mazmumah, kewajipan menjaga anggota badan daripada melakukan maksiat dan seumpamanya.

Ketahuilah bahawa lepaslah kewajipan menuntut ilmu agama yang fardhu ain sekiranya kita belajar pada ilmu tauhid barang yang terdapat di dalam kitab Arbaiin Fii Usuluddin karangan Imam Ghazali.Manakala ilmu feqah pula, Fathul Qarib. manakala Ilmu Tasawwuf pula Minhaajul Aabidin. Ketiga-tiga kitab adalah karangan Imam Ghazali Rahimahullah yang mana sekiranya kita khatam ketiga-tiga kitab ini, maka berilmulah kita pada asa-asas agama kita dan lepaslah tuntutan belajar fardhu ain kita....cuma tinggal lagi beramal padanya.

Renungan Tauhid

0 comments
Renungan Tauhid
Assalamulaikum warohmatullah....

Puji-pujian bagi Allah, Tuhan yang menjaga sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, para sahabat dan keluarganya, tabiin, tabi' tabiin dan para solihin.....

Ketahuilah sesungguhnya memuji Allah dalam sesuatu percakapan, tulisan atau apa sahaja adalah perkara sunat yang sangat dituntut Islam. Memuji Allah adalah permulaan yang hakiki, atau yang diistilahkan sebagai "Ibtidaak Haqiqi". Manakala berselawat ke atas nabi kita pula adalah permulaan yang kedua atau disebut sebagai "Ibtidaak Idhoofi". Ini ada disebut oleh Imam Zainal Abidin dalam kitabnya Aqiidatun Naajiin Fii Ilmi Usulid Din, sebuah kitab tauhid yang dicedok (naqol) dari kitab Ummu Al-Baroohin karangan Imam Syeikh Sanusi yang mana ianya banyak dipelajari di pondok-pondok di Malaysia, terutama di Kelantan. Kedua-dua ibtidaak ini mesti selalu diambil perhatian oleh ummat Islam dan diamalkan dalam semua aspek kehidupan dan bukan semasa hendak berceramah agama sahaja.

Sebagai contoh, jika seorang guru ingin mula mengajar, biasakanlah dengan memuji Allah dan berselawat ke atas baginda Rasulullah selepas membaca bismillah, sekurang-kurangnya dengan ucapan "Alhamdulillah, Wassolaatu wassalaamu ala Rasuulillah". Sudah tentu kita maklum akan fadhilat ketiga-tiga ucapan itu.

Jika kita sentiasa ingat akan Allah, Allah lebih - lebih lagi ingat akan kita. Malah, ingatanNya lebih baik dari segala-galanya di atas muka bumi ini. Hadis Nabi yang bermaksud: Allah berfirman dalam hadis Qudsi: "Barangsiapa yang ingat akan Aku dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Barangsiapa yang menyebut namaKu dalam suatu majlis, Aku akan menyebutnya dalam suatu majlis yang lebih baik dari majlisnya".

Lihatlah betapa pemurahnya Allah Taala kepada kita. Jangan kita hanya tahu belajar tetapi tidak mengamalkannya. Imam Syeikh Abul Qodir Jailani pernah menyebut dalam kitabnya Alfathul Baari" Orang jahil celaka satu kali manakala orang aliim celaka tujuh kali".
 

pOndoK BarU suMbanGaN YB..

pOndoK BarU suMbanGaN YB..

mAsJiD kOTa dAmANSArA...

mAsJiD kOTa dAmANSArA...

kEBAKaRAN juGaK..

kEBAKaRAN juGaK..

gAmBAr sEKoLAhKU...mERAH kUNiNG tuUUU..

gAmBAr sEKoLAhKU...mERAH kUNiNG tuUUU..

KANTiN sEKOLahLa..

KANTiN sEKOLahLa..

gURu aGAmA sEDANg mEETiNG

gURu aGAmA sEDANg mEETiNG

BlOK sEKoLAh..

BlOK sEKoLAh..

MaSjiD HaMZaH BaTu CaVeS..

MaSjiD HaMZaH BaTu CaVeS..

mURiD yANg bAiK...

mURiD yANg bAiK...

Ni hUkM dARi LuAr.....

Ni  hUkM dARi LuAr.....

depaN zOoo...

depaN zOoo...

dAri ataS baNguNan

dAri ataS baNguNan

oRanG kuAt SurAu Ni

oRanG kuAt SurAu Ni

mASJi bNDr bARu sG bULOh..

mASJi bNDr bARu sG bULOh..

pROgRAm kESeLamAtAn KEBaKArAN

pROgRAm kESeLamAtAn KEBaKArAN

Xda OraNg Pun TePi SeKolaH..

Xda OraNg Pun TePi SeKolaH..

kANTiN jUGAK...

kANTiN jUGAK...

mEEtiNG jUGaK dAA..

mEEtiNG jUGaK dAA..

KetA SapA ni...

KetA SapA ni...

LegaR LuaR...CaNtikKaN??

LegaR LuaR...CaNtikKaN??

Ni pUN sAMA..

Ni pUN sAMA..

sUrAU huKm...tEnANg jE...

sUrAU huKm...tEnANg jE...

PanDaiKe bAwa BaS DiK..

PanDaiKe bAwa BaS DiK..

mY suraU...

mY suraU...

meeTiNg suRau dAA..

meeTiNg suRau dAA..

BahAGiAN dALaM mASJiD...

BahAGiAN dALaM mASJiD...

lATiHaN mEmAdAm...

lATiHaN mEmAdAm...

dEpAn sEKoLAH...xDA oRAnG

dEpAn sEKoLAH...xDA oRAnG

YanG NaMpAk Tu The StoRe..

YanG NaMpAk Tu The StoRe..

ni aNAk bUAhKU yAnG bARu oPERAtiON....

ni aNAk bUAhKU yAnG bARu oPERAtiON....

JoM JoM Jom...Jom Heboh HebOh

JoM JoM Jom...Jom Heboh HebOh

BaHagiaN LuAr...

BaHagiaN LuAr...

My pREnD...

My pREnD...

Posing yE.....

Posing yE.....

dEpaN Aaa FaMoSa MelakA

dEpaN Aaa FaMoSa MelakA

mY nepHeW iS praYinG..

mY nepHeW iS praYinG..

my BesT pReNd..

my BesT pReNd..

bAHaGiAN tEPi mASJiD

bAHaGiAN tEPi mASJiD

gUrU pUlA mEMaDaM..

gUrU pUlA mEMaDaM..

pRa SEkOLAh..

pRa SEkOLAh..

pARKiNG kERETA

pARKiNG kERETA

dAh oK SiKiT...

dAh oK SiKiT...

tEkA kAt mAnA...

tEkA kAt mAnA...

Ni Pun SaMaaa..

Ni Pun SaMaaa..

pANgSAPUri sG bESi...TiNGGiNYEr..

pANgSAPUri sG bESi...TiNGGiNYEr..

AlhAmdUliLLah...seMakiN Ok...

AlhAmdUliLLah...seMakiN Ok...

Ni kaT MelaKa juGa..

Ni kaT MelaKa juGa..

mAsjiD sG beSi

mAsjiD sG beSi