Assalaamualaikum...
Sudah lebih tiga bulan aku tidak menjengah blogku ini. Hari ni baru berasa hendak menjuguk,kot kot dah tak ada. Tapi syukur pada Allah, ada lagi blog ni. Takut -takut kena erased je sebab tak aktif. Bercakap tentang bab syukur, saya teringat kata-kata Syeikh Zainal Abidin dalam kitab tauhidnya yang mashyur, Aqiidatun Naajiin, bahawa serendah-rendah syukur ialah memuji Allah dengan lidah manakala setinggi-tinggi syukur pula ialah mengembalikan semula segala kurniaan Allah taala termasuk seluruh anggota badan kita zahir dan batin kepada Allah Taala dengan jalan melakukan taat dan menjauhi maksiat. Syeikh Ali Assobuuni pula dalam tafsir menjelaskan bahawa ayat pertama surah Fatihah ialah ayat yang menyatakan tentang segala kepujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. Selepas Allah menyebut namaNya dalam basmalah, Dia terus pula memuji diriNya. Syeikh Ali menyatakan bahawa ayat tersebut adalah ayat penyata dari segi zahirnya (jumlah khabariyyah), tetapi secara tersiratnya ia adalah Jumlah Insyaaiyyah, yang bermaksud "katakanlah: segala puji.....hingga akhir ayat. Itulah ketinggian kalimah Allah yang kaya dengan segala yang tersurat dan tersirat. Memuji Allah ialah permulan yang haqiqi yang perlu dilakukan setiap kali kita membuka bicara sesuai dengan ajaran Allah dalam kitabNya Al-Quran itu.
Wallaahu A'lam.
Tuesday, 6 March 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalammualaikum...Saya berminat untuk mempelajari ilmu rawatan islam. Bagaimana sy boleh menyertai atau menjadi penuntut.Diharap saudara dpt membantu sy.. Family sy sering mendapat ganguan2 makhluk halus. sudah bermacam tempat dan cara sy cube bg mengubati.tapi hanya seketika dan ia kembali berulang.ini email sy..
ramlanfarouque@yahoo.com
disini ada satu pusat rawatan islam dijohor untuk dikongsi bersama.Penyembuhan daripada Allah.kita berikhtiar.
Pusat Rawatan Dan Perubatan Islam Pak Nasir atau hj mohamad jazuri bin hj husin. no 3 jalan kampong jawa'jalan kolam air.johor baharu. 07-2226446 / 0108855329 (pak nasir)