Assalamualaikum...
Sudah tentu ramai yang pernah melalui pengalaman histeria, samaada diri sendiri yang mengalaminya ataupun orang sekeliling, di kalangan ahli keluarga atau sahabat handai yang mengalaminya. Namun, seseorang perlu tahu cara-cara mengubatinya. Jika tidak, kita hanya menunggu dan menunggu seseorang yang lebih tahu atau pakar untuk merawatnya. Andaikan jika perawat yang dicari tinggal berjauhan, ataupun tiada perawat langsung pada saat dan masa itu...Bagaimanakah kita menganganinya?Tentu rumit bukan. Alangkah baiknya jika kita mempunyai sedikit ilmu untuk merawat ataupun sekurang-kurangnya kita mencuba untuk mengurangkan ketegangan situasi yang berlaku.
Biasanya, histeria dikaitkan dengan keadaan seseorang yang mengalami kerasukan atau gangguan jin. Menurut cakap-cakap orang yang pernah histeria, mereka ternampak pelbagai perkara yang menakutkan hinggalah mereka tidak sedarkan diri dan meracau-racau. Ada juga yang mendakwa mereka berasa sejuk dan panas pada bahagian badan, fikiran bercelaru, hati menjadi tidak keruan yang akhirnya membawa kepada tidak sedarkan diri dan seterusnya dirasuk.
dari segi perubatan moden, histeria disebabkan oleh gangguan mental seseorang atau dipanggil "mental disability'' yang akhirnya membawa kepada halusinasi atau ''halusination''. Ianya pada awalnya disebabkan oleh gangguan pada emosi dan fikiran yang akhirnya menjejaskan fungsi otak secara sementara. Masalah tekanan hidup juga dikatakan punca berlakunya histeria.
Walau apapun sebab dan puncanya, histeria mesti dirawat dan tidak boleh dibiarkan berlarutan.
Kaedah Asas Merawat Histeria Secara Islam :
1- Mengasingkan pesakit dari orang lain, seperti meletakkannya di bilik rawatan yang kondusif.
2- Sambil memegang kepala pesakit, azan dengan kuat sebanyak 7 kali pada bahagian telinga kiri.
3- Bacakan Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi.
4- Bacakan Surah Al-Mukminuun ayat 115 hingga 118.
5- Bacakan Surah Assoffaat ayat 1 hingga ayat 10.
6- Bacakan Surah Al-Jin ayat 1 hingga ayat 10.
7- Akhiri dengan membaca Tiga Qul.
Perlu diingat, semua bacaan mestilah dengan nyaring dan mengikut hukum-hukum tajwid yang betul.
Jika masih belum reda, ulangi langkah 2 hingga 7 sekali lagi.
Selain ayat-ayat di atas, adalah lebih baik kiranya ditambah dengan doa-doa Rasulullah SAW, selawat-selawat atau doa-doa lain seperti doa Nabi Sulaiman dan seumpamanya yang boleh didapati dari buku-buku agama, laman-laman web agama dan sebagainya. Rujuklah dengan ustaz-ustaz yang kita kenal untuk memastikan kesahihan doa tersebut dan cara amalannya.
Semoga bermanfaat.
Wallaahu a'lam.
Sunday, 14 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)