Bersabda Rasulullah SAW: " Barang suatu pekerjaan yang tidak dimulai dengan Basmalah, yakni bismillaahir rohmaanir rahiim, maka terputuslah ia". Imam Syeikh Zainal Abidin dalam kitab tauhidnya Aqiidatunnajiin menerangkan yang dimaksudkan dengan "terputus" di sini ialah terputus dari rahmat Allah, walaupun pada zahirnya ianya sempurna namun di sisi Allah ianya masih belum sempurna.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh DarulQutni dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: " Adalah jibril pernah datang menjumpai aku dengan membawa wahyu, mula-mula yang diberikannya kepadaku adalah Bismillaahir rahmaanir rahiim".
Satu hadis dari sayyiditina Aisyah Radhiallahu anha pula meriwayatkan : "bahawa tatkala turunya Bismillah, bertasbihlah gunung-gunung hingga kedengaran kepada penduduk mekah. Orang kafir Mekah berkata" Muhammad telah menyihir gunung", maka Allah pun menurunkan asap sehingga melindungi penduduk mekah."
Rasulullah juga bersabda : "Barangsiapa mengucapkan bismillah dengan yakin, maka bertasbihlah segala gunung-ganang sedangkan dia tidak mendengarinya".
Rasulullah juga ada bersabda dalam sebuah hadis yang sahih: " Tiada seorang hamba pun mengucapkan bismillah melainkan hancurnya syaitan sebagaimana hancurnya timah di atas api".
Daripada semua hadis ini, dapatlah kita merumuskan bahawa terlampau banyak rahsia dan khasiat yang Allah letakkan pada perkataan Bismillah sehingga tidak semua manusia memahaminya melainkan orang-orang yang Allah Taala pilih sahaja.
Di lain masa kita akan menyambung lagi tentang kelebihan kunci Al-Quran ini Insya Allah.
Wednesday, 3 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)