Surah Al-faatihah merupakah surah pertama yang disusun di dalam Al-Quran Resam Uthmaani. Ianya bermaksud "pembukaan" yakni pembukaan bagi Al-Quran. ia juga dipanggil sebagai "Ummul Kitaab atau Ummul Quran", yang bermaksud ibu atau induk kepada Al-Quran. Ia juga disebut sebagai "Assab'ul Mathaani" yakni tujuh yang berulang-ulang atau tujuh ayat.
Imam Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Bu saiid Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Faatihatul kitaabi syifaaun min kulli daain". Bermaksud Al-Fatihah adalah ubat segala penyakit.
Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari bahawa sekumpulan sahabat telah bermusafir ke suatu tempat. Tiba-tiba mereka berehat di satu perkampungan di mana ketua kampung tersebut mengalami sakit yang berat dan hampir menemui ajal. Ketika para sahabat berehat di situ, datanglah wakil dari kampung tersebut meminta sesorang daripada para sahabat agar menjampi atau mengubati ketua kampung itu. di kalangan sahabat, bangun seorang budak dan pergi ia ke rumah ketua kampung bersama-sama dengan wakil tersebut. Setelah membaca jampi, pulanglah budak itu ke pangkuan para sahabat. Bila ditanya, dengan apakan engkau menjampi.....Dia menjawab: dengan Al-Faatihah sahaja. Ditakdirkan ketua kampung itu sembuh. Bila kembali sahabat ke Mekah, mereka bertanya menceritakan perkara itu kepada baginda Rasulullah. maka baginda bersabda:" Mana kamu tahu itu adalah jampi, Benar, ia adalah jampi".
Banyak lagi hadis-hadis yang menyatakan keharusan menjampi dengan ayat-ayat Allah terutama surah Al-Faatihah. Sebab itu dalam amalan ruqyah, surah Al-Faatihah dibaca terlebih dahulu sebelum surah-surah yang lain.
Tersebut dalam beberapa kitab terdahulu bahawa barangsiapa membaca surah ini sebanyak 41 kali selepas solat subuh, nescaya diakayakan Allah jika ia fakir, dipermudahkan membayar hutang jika ada ia berhutang, disihatkan Allah jika ia sakit, dikuatkan Allah jika ia dhaif atau lemah.
Syekh Muhyiddin Ibnu Arabi, seurang ulama terkenal pernah berkata:'' sesiapa yang ada baginya sesuatu hajat, hendaklah ia membaca surah ini sebanyak 40 kali setiap solat fardhu dan solat sunat baa'diah maghrib, sebelum ia bangun dan bercakap-cakap perkara lain, lalu dimintakan kepada Allah apa-apa hajatnya, nescaya akan dikabulkan segala hajatnya dengan kehendak Allah dan dengan barokahnya surah ini".
Friday, 5 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)