Assalaamualaikum Warohmatullahi Wabaarokaatuh...
Hari ini saya ingin berkongsi tentang Ilmu Pagar Diri mengikut amalan Rasulullah dan ulamak muktabar yang diwarisi dan diamalkan oleh orang Islam terutama perawat. Ianya berasaskan bacaan Al-Quran dan doa-doa bertunjangkan aqidah yang benar dan bertawakkal sepenuhnya pada Allah Taala. Ianya juga adalah zikir-zikir yang disebut di dalam kitab-kitab lama seperti Syarhul Muhazzab dan Al-Azkaar karangan Imam Nawawi, Amalul Yaumi Wallailah karangan Imam Ibnu Sinni dan banyak lagi. Antara amalan tersebut :
1- Pagar Diri dengan Tiga Qul : Di dalam satu hadis di dalam sahih Bukhari ada menyebut bahawa Sayyiditina Aisyah RA meriwayatkan Rasulullah selalu membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebanyak tiga kali pada kedua tapak tangan, meniup padanya setelah habis bacaan dan menyapu seluruh tubuhnya. sekiranya Baginda sakit dan tidak mampu, isterinya Aisyah RA akan membaca pada tangan Rasulullah dan menyapunya sebagaimana dilakukan oleh baginda semasa baginda sihat.
Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW dan pendapat ulamak yang menceritakan kelebihan Tiga Qul. Antaranya, pengamalnya akan terselamat dari ganguan jin dan syaitan yang menghasut anak Adam. Ia juga dapat menguatkan jasad dan ruh seseorang. Secara saintifik juga telah dibuktikan bahawa tapak tangan yang diusap pada badan akan menghasilkan energi positif yang memberikan rangsangan yang baik pada tubuh dan bermanfaat darisegi kesihatan.
Amalkan ianya setiap hari selepas solat subuh.
2- Pagar Diri dengan Surah Yaa Siin: Di dalam sebuah hadis riwayat Sahih Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Rasulullah semasa ingin keluar berhijrah padahal baginda dikepung oleh orang-orang kafir, membaca Surah Yaa Siin ayat 1 hingga ayat 9 pada segempal tanah lalu menaburkan pada orang kafir tersebut. Akhirnya dengan kuasa Allah dan mukjizat Al-Quran, baginda dapat keluar tanpa dilihat seorang pun.`
Berdasarkan pada kelebihan ini, kita dapati banyak isim-isim atau doa-doa, samaada dalam ilmu hikmah, ilmu kebatinan atau sebagainya, yang memasukkan surah yassin ayat 1 hingga ayat 9 dalam amalan mereka. Ada juga yang menjadi ayat ini sebagai ajian halimunan apabila ingin bersembunyi dari musuh-musuh tertentu.
Dalam amalan rawatan Islam, surah yaasiin ayat 1 hingga ayat 9 ini banyak digunakan, terutama semasa sesi rawatan ingin dimulakan. Ianya dibaca dengan niat agar Allah Taala melindungi diri kita dari ancaman zahir dan batin, sebagaimana Allah melindungi Baginda rasulullah pada malam hijrah Kubra tersebut. Ia juga di baca setiap kali keluar dari rumah untuk ke tempat kerja atau sebagainya dengan niat memohon perlindungan Allah sehingga kita kembali.
Amalkan ianya setiap hari ketika keluar dari rumah ke tempat kerja.
3- Pagar Diri dengan Ayat Kursi: Di dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam Bukhari, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa barangsiapa yang membaca sebaik-baik ayat Al-Quran ialah Ayat Kursi, dan barangsiapa membacanya setiap kali keluar dari rumah, beribu-ribu malaikat akan mendoakan kesejahteraannya sampai ia pulang. Ada juga hadis yang menyatakan ianya apabila dibaca sebelum tidur, Allah akan menghantar kepadanya dua malaikat yang akan menjaganya dari ganguan syaitan hingga ia bangun.
Dalam amalan rawatan islam, kita disarankan agar sentiasa membaca Ayat Kursi tidak kira di mana dan bila. Jadikanlah ayat Kursi sebagai bacaan pagi dan petang, siang dan malam, sebelum tidur, semasa hendak keluar rumah dan seumpamanya. Nescaya kita akan berasa dilindungi oleh Allah setiap masa, dengan syarat kita tidak mengabaikan suruhanNya. saya sendiri sudah mengamalkan sejak sekian lama dan Alhamdulillah, dengan kuasa Allah dan kemukjizatan Ayat Kursi, kita akan sentiasa berada di bawah lindunganNya setiap masa dan akan terhindar dengan izinNya daripada perkara-perkara yang tidak kita ingini.
Untuk perincian tentang amalan ayat Kursi ini, eloklah kita merujuk kepada ustaz-ustaz dan orang yang lebih tahu kerana setiap bacaan hendaklah betul darisegi hukum tajwidnya dan mengetahui maknanya. Barulah amalan kita akan lebih diberkati Allah Taala.
Amalkan ianya setiap hari pada saat mula berjalan keluar selepas mengunci pintu dari rumah ke mana-mana.
4- Pagar Diri Dengan Bismillah: Mengikut Syeikh Muhammad Yaaqub Rahimahullah, kita boleh memohon kepada Allah untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta kita melalui amalan membaca Bismillah, dengan tatacara berikut:
1- Bacalah Al-Faatihah kepada Rasulullah SAW (Ilaa Hadrati nabiyyinal musthofaa muhammadin
SAW lahul faatihah)
2- Bacakan Al-Faatihah untuk sekalian ahli Naubah (Ilaa Hadrati jamii'i ahlin naubati min
auliyaai'illaahi taala qaddasallahu asroorohum lahumul faatihah)
3- Bacalah bismillah 41 kali
4- Baca doa ini : Ilaa Hadrati jamii'i ahlin naubati fii haazihillailati minal malaaikati alaihimusolaatu
wassalamu lahumul faatihah)
5- Baca bismillah 41 kali lagi
6- Berdoalah kepada Allah dan mohon perlindungan kepadaNya.
7- Selawatlah kepada Rasullah SAW kerana doa tanpa selawat akan tergantung antara langit dan bumi
dan tidak terangkat kehadrat Allah Taala.
Amalkan ianya setiap malam selepas solat sunat taubah atau solat hajat sebelum masuk tidur
5- Pagar Diri Dengan khatamun Nubuah: Khatamun Nubuwwah adalah cop kenabian yang ada antara dua belikat Rasulullah. Sayyidina Ali RA ada meriwayatkan dalam Sahih Bukhari bahawa antara dua belikat dan atas belakang nabi Muhammad SAW ada cop kenabian yang mana beliau ternampak semasa solat bersama-sama Baginda. Tidak ada nas yang sahih tentang bentuk dan tulisan cop berkenaan namun ulama telah berpendapat bahawa ianya berbentu segitiga dan tertulis beberapa ayat Al-Quran pada cop tersebut. Ianya dimaterai di atas belakang Nabi sebelum baginda diangkat ke langit pada peristiwa Israk dan Mikraj. Tulisan tersebut adalah:
1) Allahu wahdahuu laa syariika lah
2) Muhammadun Abduhuu wa rasuuluh
3) Tawajjah haithu syikta
4) Fainnaka mansuur
Cara memagar diri dengan khamun nubuwwah adalah dengan membaca :
1- Baca Bismillahirrohmaa Nirrahiim
2) Baca Allahu wahdahuu laa syariika lah, sambil bayangkan ayat tersebut berada antara dua kening.
3) Baca Muhammadun Abduhuu wa rasuuluh, sambil bayangkan ayat tersebut berada di tengah dada.
4) Baca Tawajjah haithu syikta, sambil bayangkan ayat tersebut berada di atas bahu kanan.
5) Baca fainnaka mansuur, sambil bayangkan ayat tersebut berada di atas bahu kiri.
6) Doa mohon kekuatan dan perlindungan dari Allah diakhiri dengan selawat.
Amalkan ianya setiap hari ketika keluar dari rumah ke tempat kerja, selepas bacaan Yaasiin 1-9.
Terdapat banyak lagi amalan memagar diri dan keluarga dan memohon perlindungan dari Allah melalui ayat-ayat suci Al-Quran, doa-doa Rasulullah dan para ulama silam kita. Itu hanyalah sekadar ikhtiar kita yang disarankan di dalam agama agar kita berusaha dan tidak hanya bertawakkal. namun perlu diingat, bukan amalan sesuatu ilmu yang mempunyai kuasa atau keajaiban. Yang berkuasa tetap Allah dan apa yang kita hanya lakukan hanyalah sedikit ikhtiar dan doa yang tidak memberi bekas sedikitpun pada Qadha' dan Qadar Allah Taala. walaubagaimanapun, Allah menyuruh kita beruasaha kemudian bertawakkal dan menyerahkan segala ketentuan padaNya.
Semua amalan di atas adalah amalan saya sendiri yang berasaskan perguruan, pembelajaran, pembacaan dan pengalaman. Saya tidak mencedoknya atau "copy" dari mana-mana blog atau laman web lain. Ianya telah saya amalkan sejak sekian lama dan alhamdulillah, saya dapat merasa kebaikannya dengan izin Allah. Masakan kita berilmu tetapi tidak mengamalkannya??Ingat, Imam Ghazali ada menyebut dalam kitabnya Minhhajul Aabidin, orang jahil celaka sekali kerana kejahilannya, manakala orang aliim celaka tujuh kali jika tidak mengamalkan ilmu yang dipelajarinya. Waliyaazu billah min zaalik. Saya juga mengizinkan kepada sesiapa yang ingin mengamalkan semua amalan di atas. Imam Ghazali juga menyebut, setiap amalan yang baik jika diamalkan, ianya juga memberi kebaikan kepada yang mengajar atau menyuruhnya berdasarkan kepada hadis Rasuulullah:" Al aamiru bilma'ruufi kafaa'ilihi"...yang bermaksud :" Orang yang menyuruh orang lain berbuat baik juga diberi pahala seperti orang yang melakukan kebaikan itu jua"...
Wallaahu A'lam.
**segala tulisan adalah dalam versi ruumi, adalah perlu untuk merujuk ustaz-ustaz dalam memperbaiki bacaan agar lebih baik.
Monday, 8 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
askm wbr...izinkan saya menceduk ilmu dan amalan yg di tuliskan dlm blog ustaz utk amalan saya.
Qobiltu....
Qobiltu
Assalamualaikum ustaz izinkan saya untuk mengamalkan ayatul qursi untuk pagar diri saya
Assalamualaikum ustd...mohon halalkn ilmunya
Mati lu
Qabiltu