Tuesday, 6 March 2012

Alhamdulillah....

2 comments
Assalaamualaikum...

Sudah lebih tiga bulan aku tidak menjengah blogku ini. Hari ni baru berasa hendak menjuguk,kot kot dah tak ada. Tapi syukur pada Allah, ada lagi blog ni. Takut -takut kena erased je sebab tak aktif. Bercakap tentang bab syukur, saya teringat kata-kata Syeikh Zainal Abidin dalam kitab tauhidnya yang mashyur, Aqiidatun Naajiin, bahawa serendah-rendah syukur ialah memuji Allah dengan lidah manakala setinggi-tinggi syukur pula ialah mengembalikan semula segala kurniaan Allah taala termasuk seluruh anggota badan kita zahir dan batin kepada Allah Taala dengan jalan melakukan taat dan menjauhi maksiat. Syeikh Ali Assobuuni pula dalam tafsir menjelaskan bahawa ayat pertama surah Fatihah ialah ayat yang menyatakan tentang segala kepujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. Selepas Allah menyebut namaNya dalam basmalah, Dia terus pula memuji diriNya. Syeikh Ali menyatakan bahawa ayat tersebut adalah ayat penyata dari segi zahirnya (jumlah khabariyyah), tetapi secara tersiratnya ia adalah Jumlah Insyaaiyyah, yang bermaksud "katakanlah: segala puji.....hingga akhir ayat. Itulah ketinggian kalimah Allah yang kaya dengan  segala yang tersurat dan tersirat. Memuji Allah ialah permulan yang haqiqi yang perlu dilakukan setiap kali kita membuka bicara sesuai dengan ajaran Allah dalam kitabNya Al-Quran itu.

Wallaahu A'lam.
Thursday, 6 October 2011

Ilmu pagar Diri 2

0 comments
Assalaamualikum warohmatullahi wabarokaatuh...

Hari ini aku ingin berkongsi satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika dalam peristiwa Isra' dan mi'raj, tatkala baginda ingin diserang oleh jin ifrit dengan obor-obornya.Doa ini ada disebut olem Imam Syeikh zainal Abidin dalam kitab sirahnya, Kifayaatul Muhtaaj fil Israa' Walmi'raaj. Doa ini menjadi amalan rutin saya sejak berbelas tahun yang lalu. Ianya diajar oleh seorang pengamal perubatan tradisional kepada bapa saya di Johor Bharu satu masa dahulu. Ia juga diamalkan oleh guru AlQuran saya, PokLi semasa merawat sesiapa sahaja yang sakit.

Bismillaahirrohmaanirrahiim.
Auuzu biwajhillaahil kariimi wabikalimaatillahit taammaatillaahil latii laa tujaawizuhunna barrun walaa faajir.
Min syarri maa yanzilu minassamaai wamin syarrimaa ya'ruju fiihaa.
Wamin syarrimaa zaroa fil ardhi wamin syarrimaa yahruju minhaa.
Wamin syarril laili wannahaar.
Wamin towaariqil laili wannahaar.
Illa tooriqan yatruqu bikhairin yaa rahmaan.

Selepas membaca doa ini, bermunajatla pada Allah dan mohonlah perlindunganNya, kerana Dialah sebaik-baik Pelindung. Bukan doa yang berkuasa menolak sesuatu bahaya. Tetapi, doa itu hanyalah tali antara kita dengan Allah atau yang menghubungkan kita dengan Allah.

Sila rujuk ustaz yang lebih mahir kerana tulisan arabnya yang asal adalah lebih baik dan tepat.

Semoga bermanfaat.
Friday, 19 August 2011

Lailatul Qadr

0 comments
Assalaamualaikum...

Hari ini genaplah 19 hari kita berpuasa Ramadhan. esok, akan masuklah fasa ketiga bulan Ramadhan yang amat penting sebagaimana diisyaratkan oleh Rasulullah dalam sabdanya yang masyhur itu. Fasa yang menjanjikan "i'tqumminannaar" ataupun kebebasan dari api neraka.

Syeikh Abdus Somad Rahimahullah menukilkan dalam kitab fadhoilnya, iaitu kitab Jam'ul fawaaid Wa Jawaahiril Qolaaid, bahawa Anas Bin Malik menyatakan bahawa barangsiapa yang memuji Allah akan ketibaan bulan ini, nescaya Allah akan memberi keafiatan dan kemudahan dalam urusannya pada tahun itu. Imam Ali RA juga menyatakan barangsiapa berdoa bila masuknya bulan Ramadhan dan suka ia akan kedatangannya, Allah akan menyuruh satu malaikat menyapu namanya dari senarai orang-orang yang akan masuk neraka.

Tentang malam Lailatul Qadr pula, Imam Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Janganlah kamu bertengkar sesama sendiri. Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku tentang bilakah  Lailatul Qadr itu. Setelah diwahyukan, aku berlari untuk memberitahu kamu semua kerana tersangat gembira. Tiba-tiba, dipertengahan jalan, ada dua orang saudaramu yang sedang bergaduh dan aku meleraikannya sehingga aku lupa akan wahyu tentang bilakah Lailatul Qadr tadi. namun begitu, lupaku itu adalah rahmat bagi ummatku".

Dalam hadis yang lain pula, baginda mewasiatkan agar kita mencari malam tersebut pada sepuluh Ramadhan yang akhir. Ianya adalah terlebih baik dari seribu bulan. Mengikut Syeikh Abdus Somad,  seribu bulan bersamaan dengan 83 tahun dan 4 bulan, atau bersamaan dengan 30,000 hari dan 30,000 malam. Barangsiapa yang beramal pada malam itu, nescaya ia akan dibalas oleh Allah satu kebajikan dengan 30,000 pahala. Itulah kelebihan malam tersebut dibandingkan dengan malam-malam yang biasa.

Tentang bilakah berlakunya Lailatul Qadr, ulama' berselisih pendapat tentang bilakah ianya berlaku kerana tiada nas ataupun hadis yang menyatakannya. Namun, ada hadis sahih yang menyatakan ianya jatuh pada sepuluh akhir, iaitu pada malam-malam yang ganjil. Ianya adalah terletak dalam ilmu Allah dan Allah ingin menguji sejauh mana ketaatan dan kesungguhan kita dalam beribadah padaNya.

Walaupun begitu, ada ulama' yang masih memberi pendapat masing-masing tentang Lailatul Qadr ini. Antaranya, Imam Soohibut Tanbiih menyatakan, kalimah Lailatul Qadr terdiri daripada 9 kalimah dan Allah menyebutnya sebanyak 3 kali, jika dikira ianya menjadi 27. maka beliau berpendapat malam Lailatul Qadr jatuh pada malam ke 27. Ibnu Abi Hurairah juga menyatakan" Aku tidak pernah luput dari malam Lailatul Qadr selama hayatku. Jika puasa bermula pada hari Ahad, maka Lailatul Qadr jatuh pada malam ke 29.Jika puasa bermula pada hari Isnin, maka Lailatul Qadr jatuh pada malam ke 21. Jika puasa bermula pada hari selasa, maka Lailatul Qadr jatuh pada malam ke 25. Jika puasa bermula pada hari Rabu, maka Lailatul Qadr jatuh pada malam ke 29. Jika puasa bermula pada hari Khamis, maka Lailatul Qadr jatuh pada malam ke 25. Jika puasa bermula pada hari Jumaat, maka Lailatul Qadr jatuh pada malam ke 25. Dan Jika puasa bermula pada hari Sabtu, maka Lailatul Qadr jatuh pada malam ke 27. Manakala Imam Syafie pula berpendapat, lailatul Qadr jatuh pada malam ke 21.

Itulah antara pendapat yang masyhur yang kita pelajari. Ianya hanyalah pendapat ulama' yang tidak bersandarkan nas-nas yang sahih. Namun begitu, ianya boleh dijadikan panduan kerana mungkin ianya adalah berdasarkan pengalaman, pengamatan dan penelitian mendalam seseorang ulama' yang muktabar dalam menentukan sesuatu perkara. Yang penting, kita mendirikan malam pada sepuluh yang akhir sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis-hadis rasulullah yang sahih.

Wallaahu A'lam.

Sunday, 14 August 2011

Rawatan Histeria Secara Islam

0 comments
Assalamualaikum...

Sudah tentu ramai yang pernah melalui pengalaman histeria, samaada diri sendiri yang mengalaminya ataupun orang sekeliling, di kalangan ahli keluarga atau sahabat handai yang mengalaminya. Namun, seseorang perlu tahu cara-cara mengubatinya. Jika tidak, kita hanya menunggu dan menunggu seseorang yang lebih tahu atau pakar untuk merawatnya. Andaikan jika perawat yang dicari tinggal berjauhan, ataupun tiada perawat langsung pada saat dan masa itu...Bagaimanakah kita menganganinya?Tentu rumit bukan. Alangkah baiknya jika kita mempunyai sedikit ilmu untuk merawat ataupun sekurang-kurangnya kita mencuba untuk mengurangkan ketegangan situasi yang berlaku.

Biasanya, histeria dikaitkan dengan keadaan seseorang yang mengalami kerasukan atau gangguan jin. Menurut cakap-cakap orang yang pernah histeria, mereka ternampak pelbagai perkara yang menakutkan hinggalah mereka tidak sedarkan diri dan meracau-racau. Ada juga yang mendakwa mereka berasa sejuk dan panas pada bahagian badan, fikiran bercelaru, hati menjadi tidak keruan yang akhirnya membawa kepada tidak sedarkan diri dan seterusnya dirasuk.

dari segi perubatan moden, histeria disebabkan oleh gangguan mental seseorang atau dipanggil "mental disability'' yang akhirnya membawa kepada halusinasi atau ''halusination''. Ianya pada awalnya disebabkan oleh gangguan pada emosi dan fikiran yang akhirnya menjejaskan fungsi otak secara sementara. Masalah tekanan hidup juga dikatakan punca berlakunya histeria.

Walau apapun sebab dan puncanya, histeria mesti dirawat dan tidak boleh dibiarkan berlarutan.

Kaedah Asas Merawat Histeria Secara Islam :

1- Mengasingkan pesakit dari orang lain, seperti meletakkannya di bilik rawatan yang kondusif.

2- Sambil memegang kepala pesakit, azan dengan kuat sebanyak 7 kali pada bahagian telinga kiri.

3- Bacakan Surah Al-Fatihah dan  Ayat Kursi.

4- Bacakan Surah Al-Mukminuun ayat 115 hingga 118.

5- Bacakan Surah Assoffaat ayat 1 hingga ayat 10.

6- Bacakan Surah Al-Jin ayat 1 hingga ayat 10.

7- Akhiri dengan membaca Tiga Qul.


Perlu diingat, semua bacaan mestilah dengan nyaring dan mengikut hukum-hukum tajwid yang betul.
Jika masih belum reda, ulangi langkah 2 hingga 7 sekali lagi.

Selain ayat-ayat di atas, adalah lebih baik kiranya ditambah dengan doa-doa Rasulullah SAW, selawat-selawat atau doa-doa lain seperti doa Nabi Sulaiman dan seumpamanya yang boleh didapati dari buku-buku agama, laman-laman web agama dan sebagainya. Rujuklah dengan ustaz-ustaz yang kita kenal untuk memastikan kesahihan doa tersebut dan cara amalannya.

Semoga bermanfaat.

Wallaahu a'lam.
Wednesday, 10 August 2011

Rawatan Bagi Orang Pengsan

0 comments
Assalaamualaikum...

Pada pagi subuh yang hening ini, terdetik di hati saya untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang rawatan bagi orang yang pengsan. Ianya mungkin jarang berlaku, tetapi jika berlaku, ianya mewujudkan suasana yang panik sekali.

Perkara ini bukan sahaja perlu diketahui oleh perawat sahaja, malah ianya perlu diketahui oleh semua orang. Andaikan kalau anak isteri kita pengsan di rumah, apakah tindakan kita? Paling senang, basuh mukanya dengan segelas air, kalau tak baik jugak hantarlah ke klinik atau hospital berhampiran. Itulah yang biasa atau boleh dilakukan jikalau kita tidak mempelajari apa-apa tentang masalah pengsan. Tapi, andaikata kita ada sedikit ilmu, adalah lebih baik dan bermanfaat.

Semasa di Institut Pendidikan dahulu, saya ada melalui satu kursus kesihatan anjuran kementeria Kesihatan. banyak tip-tip kesihatan terutama yang ada hubungkait dengan jantung dan pernafasan. Dengan sedikit pengetahuan perubatan yang ada, jika digabungkan dengan rawatan Islam atau alternatif, ianya adalah lebih baik dan bermanfaat.

Perkara pertama yang perlu kita tahu ialah sebab-musabbab pengsan. Pengsan boleh terjadi dek pelbagai perkara seperti gangguan makhluk halus, terlalu penat, terlalu letih, sakit pada bahagian tertentu, terlalu lapar atau dahaga, gangguan pada pernafasan atau jantung dan sebagainya.

Langkah-Langkah Lawatan:

1- Letakkan pesakit ditempat yang selesa dan jangan sekali-kali dikerumun. Tinggikan bahagian kaki atau lapik kakinya dengan sesuatu yang tinggi sedikit.

2- Sentuhlah badan pesakit, terutama bahagian penting badannya seperti mukanya, dahinya, lehernya, dan dadanya. Rasakan apa-apa seperti rasa panas, sejuk atau boleh jadi pesakit menggelatar, berpeluh dan sebagainya. Cuba sapukan air pada muka dan kepalanyanya.

3- Periksa keadaan pernafasan pesakit. Adakah ia bernafas atau tidak? Rasakan pada dada dan periksa tanda-tanda pernafasan samaada lemah atau kencang. Jika tidak ada tanda-tanda pernafasan, buatlah CPR. Tapi pastikan dengan cara yang betul. yang tu kena rujuk bahagian ''expert'' CPR lah. Jika bernafas, teruskan dengan:

4- Periksa nadi pesakit. Letakkan ibujari pada pusat nadi seperti pergelangan tangan, leher dan sebagainya. Kira bilangan denyutan nadi tersebut. Denyutan nadi yang baik dan normal adalah antara 70 hingga 90 denyutan. jika kurang 70, maknanya nadi lemah. Dikhuatiri ianya disebabkan masalah jantung. Maka cepat-cepatlah bawa ke hospital. Jika lebih 90 pula, maknanya kemungkinan ia hanya pitam biasa disebabkan oleh terlalu penat, lapar dan sebagainya. Cuba sapukan air pada muka dan bahagian lehernya sambil berdoa pada Allah. Jika normal pula, iaitu antara 70 hingga 90, maka bolehlah teruskan :

5- Gosok dan tekan-tekan pada bahagian tengah betis kanan pesakit, kira-kira sebelah tulang betis. Urut-urutlah bahagian tersebut kerana itu adalah PRUS, ataupun disebut juga pusat saraf bagi melegakan pengsan. Itu istilah perubatan urut moden.

6- Pegang bahagian atas kepala pesakit dengan kedua belah tangan kita. Rasakan haba yang keluar dari ubun-ubunnya. Bacalah bismillahirrohmaanirrahim sebanyak 41 kali , tidak terlampau laju dan tidak terlalu perlahan, tidak nyaring dan tidak juga perlahan. Kira tengah-tengahlah.

Disebut dalam kitab Mujarrob Madinatul Asror, bahawa jika dibacakan bismillah sebanyak 41 kali pada orang yang maghmiy yakni pengsan, nescaya ia akan sedar pada waktu itu juga dengan izin Allah. Ia merupakan amalan para ulama silam, terutama ulama hikmah.

7- Bacakan Surah Al-Mukminuun ayat 115 hingga 118 pada telinga pesakit. Lepas baca, tiup halus ke dalam lubang telinganya dengan niat kesedaran dan kesembuhan. ini adalah amalan Ibnu Masoud, sahabat Rasulullah SAW apabila ada seorang sahabat lain yang pengsan. Ini juga amalan kebanyakan perawat Islam dalam menangani masalah gangguan terutama histeria.

8- Lihat perubahan. Biasanya ada perubahan jika ianya tidak disebabkan oleh masalahmasalah yang serius. Segera hantar ke hospital jika tiada perubahan.

Semoga bermanfaat, Insyaa Allah.
Monday, 8 August 2011

Ilmu Pagar Diri dan Perlindungan

0 comments
Assalaamualaikum Warohmatullahi Wabaarokaatuh...


Hari ini saya ingin berkongsi tentang Ilmu Pagar Diri mengikut amalan Rasulullah dan ulamak muktabar yang diwarisi dan diamalkan oleh orang Islam terutama perawat. Ianya berasaskan bacaan Al-Quran dan doa-doa bertunjangkan aqidah yang benar dan bertawakkal sepenuhnya pada Allah Taala. Ianya juga adalah zikir-zikir yang disebut di dalam kitab-kitab lama seperti Syarhul Muhazzab dan Al-Azkaar karangan Imam Nawawi, Amalul Yaumi Wallailah karangan Imam Ibnu Sinni dan banyak lagi. Antara amalan tersebut :

1- Pagar Diri dengan Tiga Qul : Di dalam satu hadis di dalam sahih Bukhari ada menyebut bahawa Sayyiditina Aisyah RA meriwayatkan Rasulullah selalu membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebanyak tiga kali pada kedua tapak tangan, meniup padanya setelah habis bacaan dan menyapu seluruh tubuhnya. sekiranya Baginda sakit dan tidak mampu, isterinya Aisyah RA akan membaca pada tangan Rasulullah dan menyapunya sebagaimana dilakukan oleh baginda semasa baginda sihat.

Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW dan pendapat ulamak yang menceritakan kelebihan Tiga Qul. Antaranya, pengamalnya akan terselamat dari ganguan jin dan syaitan yang menghasut anak Adam. Ia juga dapat menguatkan jasad dan ruh seseorang. Secara saintifik juga telah dibuktikan bahawa tapak tangan yang diusap pada badan akan menghasilkan energi positif yang memberikan rangsangan yang baik pada tubuh dan bermanfaat darisegi kesihatan.

Amalkan ianya setiap hari selepas solat subuh.

2- Pagar Diri dengan Surah Yaa Siin: Di dalam sebuah hadis riwayat Sahih Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Rasulullah semasa ingin keluar berhijrah padahal baginda dikepung oleh orang-orang kafir, membaca Surah Yaa Siin ayat 1 hingga ayat 9 pada segempal tanah lalu menaburkan pada orang kafir tersebut. Akhirnya dengan kuasa Allah dan mukjizat Al-Quran, baginda dapat keluar tanpa dilihat seorang pun.`

Berdasarkan pada kelebihan ini, kita dapati banyak isim-isim atau doa-doa, samaada dalam ilmu hikmah, ilmu kebatinan atau sebagainya, yang memasukkan surah yassin ayat 1 hingga ayat 9 dalam amalan mereka. Ada juga yang menjadi ayat ini sebagai ajian halimunan apabila ingin bersembunyi dari musuh-musuh tertentu.

Dalam amalan rawatan Islam, surah yaasiin ayat 1 hingga ayat 9 ini banyak digunakan, terutama semasa sesi rawatan ingin dimulakan. Ianya dibaca dengan niat agar Allah Taala melindungi diri kita dari ancaman zahir dan batin, sebagaimana Allah melindungi Baginda rasulullah pada malam hijrah Kubra tersebut. Ia juga di baca setiap kali keluar dari rumah untuk ke tempat kerja atau sebagainya dengan niat memohon perlindungan Allah sehingga kita kembali.

Amalkan ianya setiap hari ketika keluar dari rumah ke tempat kerja.

3- Pagar Diri dengan Ayat Kursi: Di dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam Bukhari, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa barangsiapa yang membaca sebaik-baik ayat Al-Quran ialah Ayat Kursi, dan barangsiapa membacanya setiap kali keluar dari rumah, beribu-ribu malaikat akan mendoakan kesejahteraannya sampai ia pulang. Ada juga hadis yang menyatakan ianya apabila dibaca sebelum tidur, Allah akan menghantar kepadanya dua malaikat yang akan menjaganya dari ganguan syaitan hingga ia bangun.

Dalam amalan rawatan islam, kita disarankan agar sentiasa membaca Ayat Kursi tidak kira di mana dan bila. Jadikanlah ayat Kursi sebagai bacaan pagi dan petang, siang dan malam, sebelum tidur, semasa hendak keluar rumah dan seumpamanya. Nescaya kita akan berasa dilindungi oleh Allah setiap masa, dengan syarat kita tidak mengabaikan suruhanNya. saya sendiri sudah mengamalkan sejak sekian lama dan Alhamdulillah, dengan kuasa Allah dan kemukjizatan Ayat Kursi, kita akan sentiasa berada di bawah lindunganNya setiap masa dan akan terhindar dengan izinNya daripada perkara-perkara yang tidak kita ingini.

Untuk perincian tentang amalan ayat Kursi ini, eloklah kita merujuk kepada ustaz-ustaz dan orang yang lebih tahu kerana setiap bacaan hendaklah betul darisegi hukum tajwidnya dan mengetahui maknanya. Barulah amalan kita akan lebih diberkati Allah Taala.

Amalkan ianya setiap hari pada saat mula berjalan keluar selepas mengunci pintu dari rumah ke mana-mana.

4- Pagar Diri Dengan Bismillah: Mengikut Syeikh Muhammad Yaaqub Rahimahullah, kita boleh memohon kepada Allah untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta kita melalui amalan membaca Bismillah, dengan tatacara berikut:

1- Bacalah Al-Faatihah kepada Rasulullah SAW (Ilaa Hadrati nabiyyinal musthofaa muhammadin
    SAW  lahul faatihah)
2- Bacakan Al-Faatihah untuk sekalian ahli Naubah (Ilaa Hadrati jamii'i ahlin naubati min
    auliyaai'illaahi taala qaddasallahu asroorohum lahumul faatihah)

3- Bacalah bismillah 41 kali

4- Baca doa ini : Ilaa Hadrati jamii'i ahlin naubati fii haazihillailati minal malaaikati alaihimusolaatu    
    wassalamu lahumul faatihah)

5- Baca bismillah 41 kali lagi

6- Berdoalah kepada Allah dan mohon perlindungan kepadaNya.

7- Selawatlah kepada Rasullah SAW kerana doa tanpa selawat akan tergantung antara langit dan bumi
    dan tidak terangkat kehadrat Allah Taala.

Amalkan ianya setiap malam selepas solat sunat taubah atau solat hajat sebelum masuk tidur

5- Pagar Diri Dengan khatamun Nubuah: Khatamun Nubuwwah adalah cop kenabian yang ada antara dua belikat Rasulullah. Sayyidina  Ali RA ada meriwayatkan dalam Sahih Bukhari bahawa antara dua belikat dan atas belakang nabi Muhammad SAW ada cop kenabian yang mana beliau ternampak semasa solat bersama-sama Baginda. Tidak ada nas yang sahih tentang bentuk dan tulisan cop berkenaan namun ulama telah berpendapat bahawa ianya berbentu segitiga dan tertulis beberapa ayat Al-Quran pada cop tersebut. Ianya dimaterai di atas belakang Nabi sebelum baginda diangkat ke langit pada peristiwa Israk dan Mikraj. Tulisan tersebut adalah:

1) Allahu wahdahuu laa syariika lah
2) Muhammadun Abduhuu wa rasuuluh
3) Tawajjah haithu syikta
4) Fainnaka mansuur

Cara memagar diri dengan khamun nubuwwah adalah dengan membaca :

1- Baca Bismillahirrohmaa Nirrahiim
2) Baca Allahu wahdahuu laa syariika lah, sambil bayangkan ayat tersebut berada antara dua kening.
3) Baca Muhammadun Abduhuu wa rasuuluh, sambil bayangkan ayat tersebut berada di tengah dada.
4) Baca Tawajjah haithu syikta, sambil bayangkan ayat tersebut berada di atas bahu kanan.
5) Baca fainnaka mansuur, sambil bayangkan ayat tersebut berada di atas bahu kiri.
6) Doa mohon kekuatan dan perlindungan dari Allah diakhiri dengan selawat.

Amalkan ianya setiap hari ketika keluar dari rumah ke tempat kerja, selepas bacaan Yaasiin 1-9.

Terdapat banyak lagi amalan memagar diri dan keluarga dan memohon perlindungan dari Allah melalui ayat-ayat suci Al-Quran, doa-doa Rasulullah dan para ulama silam kita. Itu hanyalah sekadar ikhtiar kita yang disarankan di dalam agama agar kita berusaha dan tidak hanya bertawakkal. namun perlu diingat, bukan amalan sesuatu ilmu yang mempunyai kuasa atau keajaiban. Yang berkuasa tetap Allah dan apa yang kita hanya lakukan hanyalah sedikit ikhtiar dan doa yang tidak memberi bekas sedikitpun pada Qadha' dan Qadar Allah Taala. walaubagaimanapun, Allah menyuruh kita beruasaha kemudian bertawakkal dan menyerahkan segala ketentuan padaNya.

Semua amalan di atas adalah amalan saya sendiri yang berasaskan perguruan, pembelajaran, pembacaan dan pengalaman. Saya tidak mencedoknya atau "copy" dari mana-mana blog atau laman web lain. Ianya telah saya amalkan sejak sekian lama dan alhamdulillah, saya dapat merasa kebaikannya dengan izin Allah. Masakan kita berilmu tetapi tidak mengamalkannya??Ingat, Imam Ghazali ada menyebut dalam kitabnya Minhhajul Aabidin, orang jahil celaka sekali kerana kejahilannya, manakala orang aliim celaka tujuh kali jika tidak mengamalkan ilmu yang dipelajarinya. Waliyaazu billah min zaalik. Saya juga mengizinkan kepada sesiapa yang ingin mengamalkan semua amalan di atas. Imam Ghazali juga menyebut, setiap amalan yang baik jika diamalkan, ianya juga memberi kebaikan kepada yang mengajar atau menyuruhnya berdasarkan kepada hadis Rasuulullah:" Al aamiru bilma'ruufi kafaa'ilihi"...yang bermaksud :" Orang yang menyuruh orang lain  berbuat baik juga diberi pahala seperti orang yang melakukan kebaikan itu jua"...


Wallaahu A'lam.

**segala tulisan adalah dalam versi ruumi, adalah perlu untuk merujuk ustaz-ustaz dalam memperbaiki bacaan agar lebih baik.










Sunday, 7 August 2011

Ilmu Bermanfaat

0 comments
Assalaamulaikum...aku teringat kata-kata imam ghazali dalam kitabnya Bidayatul Hidayah,kitab Adab yang aku pelajari hampir 20 tahun lalu.Beliau merupakan seorang waliyyullah yang sangat alim dan waro' dan antara ulamak sufi yang menjadi ikutan hingga ke hari ini.Beliau mentakrifkan ilmu ada dua macam,bermanfaat dan tidak bermanfaat.Ilmu bermanfaat ialah ilmu yang benar yang wajib dipelajari oleh setiap mukmin.Ilmu bermanfaat ialah ilmu yang menambahkan iman dan amal kita kepada Allah,mendekatkan diri kita kepadaNya,dan ianya dapat mengisi hati-hati dengan cahaya ilahi yang maha Agung.Ilmu bermanfaat membawa kita ke arah ketaqwaan sejati dan menyebabkan kita lebih takut akan azab Allah.Ia juga mengajar kita tentang bahaya tipudaya syaithan dan godaannya.Mudah mudahan kita semua beroleh ilmu yang bermanfaat,insyaAllah.

Kelebihan Zikrullah

0 comments

Assalaamualaikum...zikirullah bermaksud ingat pada Allah,atau menyebut nama Allah.Ia berasal daripada perkataan zakaro yakni menyebut atau mengingati sesuatu.Zikir luas maksudnya.Segala ibadah dan pengabdian kita pada Allah juga adalah zikir.Cuma solat adalah zikir yang paling agung kerana ianya melibatkan zikir lidah,zikir hati dan zikir anggota badan termasuk tangan,kaki,mata,kepala dan sebagainya.Lain-lain zikir hanya melibatkan lidah dan hati.Imam Ibnu Atho' menyatakan zikir ada 6 macam,serendah-rendahnya zikir lidah tanpa hati dan setinggi-tingginya ialah hatinya,lidahnya dan anggota badannyanya tidak melihat yang lain melainkan Allah.Renungkanlah...Dalam ilmu perubatan Islam banyak ditekankan soal zikir.Ini kerana zikir ibarat pertalian kita dengan Allah.Orang yang selalu berzikir akan merasakan dia hampir dengan Allah.Manakala orang yang tidak suka berzikir atau malas menyebut nama Allah akan melupakan Allah dan sentiasa lalai.Ingatlah,jadikan zikrullah amalan harian setiap detik,bukan hanya selepas solat sahaja.Dalam perubatan islam,zikir merupakan amalan inti seseorang perawat.Merawat bukan saja memerlukan bacaan AlQuran sahaja,malah perawat harus kuat darisegi hubungannya dengan Allah...

Tersebu​t di dalam kitab al-azkaar Imam nawawi, diriwayatkan bahawa rasulullah melihat seorang wanita sedang bertasbih dengan khusyu' dan mengira-ngira tasbihnya dengan buah tasbih dikedua-dua tangannya. Rasulullah bersabda''inginkah dikau amalan tasbih jika engaku beramal dengannya, nescaya ianya lebih banyak pahalanya daripada apa yang engkau kirakan dengan bilangan tasbihmu itu, bertasbihlah dengan berkata: subhaanallah adada ma fi khalqil ardh, subhaanallah adada ma fii khalqis samaa', subhanallaah adada ma baina zaalik, subhaanallah adada maa huwaa khaaliq, walhamdulillaah mithla zaalik, wallaahu akbar mithla zaalik, wa laa ilaaha illaah mithla zaalik, wa la haula walaa quwwata illa billaahii alyyil aziimi mithla zaalik"

Maksudnya: maha suci Allah, sebanyak ciptaan di bumi, maha suci Allah sebanyak ciptaan di langit, maha suci Allah, sebanyak ciptaan antara keduanya, maha suci Allah selaku maha Pencipta, pujian bagi Allah sebanyak itu jua, Allah maha Besar sebanyak itu jua, tiada tuhan yang di sembah melainkan sebanyak itu jua, dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah sebanyak itu jua...Wallaahu a'lam.

Sayyidina Ali Radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah juga bersabda," adakah manusia itu lemah untuk melakukan seribu kabajikan setiap hari, bertanyalah seorang sahabat" bagaimana ya Rasuulullah, baginda menjawab: dengan bertasbih sebanyak seratus kali nescaya kamu akan diberikan oleh Allah seribu kebajikan".

Imam Abu Hassan Asyaari, imam ahlis sunnah waljamaah kita meriwayatkan satu hadis dalam sahih bukhari bahawa Rasulullah SAW bersabda" Beza antara orang yang berzikir dan tidak berzikir ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati". marilah kita memperbanyakkan zikir pada Allah pada bulan yang mulia ini.

Imam Ghazali rahimahullah amat menekankan soal zikir. Di sana ada zikir yang diamalkan oleh Imam Ghazali, yang terkenal dengan nama Aurad Imam Al- Ghazali. Beliau menyusun zikir-zikir yang penting mengikut hari tertentu. Zikir yang beliau amalkan seperti di bawah:

Hari Isnin                    : Laa haula wala Quwwata Illaa Billaahil Aliyyil Aziim.
Hari Selasa                 : Allahumma Solli Alaa Abdika Wanibiyyika Warasuulikal Amiin, Wa alaa Aalihii
                                    Wasohbihii Wasallim.
Hari Rabu                   : Astagfirullaahal Aziim.
Hari Khamis               : Subhaanallaahil Aziim Subhaanallaahi Wabihamdih.
Hari Jumaat                : Yaa Allah.
Hari Sabtu                  : Laa Ilaahaillallaah.
Hari Ahad                  : Yaa Hayyu Yaa Qayyuum.

Zikir ini sudah saya amalkan sejak sekian lama di samping zikir-zikir lain yang amat bermanfaat dalam mendekatkan kita pada yang Maha Esa. Mudah-mudahan kita menjadi golongan yang disebut oleh Allah sebagai "wazakarullaaha kathiiran"....
Wallaahua'lam bissowaab...
Saturday, 6 August 2011

Kursus Rawatan Islam (2)

0 comments
video

Kursus Rawatan Islam

0 comments
video
Friday, 5 August 2011

Latihan Kebakaran 2

0 comments
video

Latihan Kebakaran 1

0 comments
video

Senjata bagi Mukmin: Khasiat Al-Faatihah (1)

0 comments
Surah Al-faatihah merupakah surah pertama yang disusun di dalam Al-Quran Resam Uthmaani. Ianya bermaksud "pembukaan" yakni pembukaan bagi Al-Quran. ia juga dipanggil sebagai "Ummul Kitaab atau Ummul Quran", yang bermaksud ibu atau induk kepada Al-Quran. Ia juga disebut sebagai "Assab'ul Mathaani" yakni tujuh yang berulang-ulang atau tujuh ayat.

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Bu saiid Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Faatihatul kitaabi syifaaun min kulli daain". Bermaksud Al-Fatihah adalah ubat segala penyakit.

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari bahawa sekumpulan sahabat telah bermusafir ke suatu tempat. Tiba-tiba mereka berehat di satu perkampungan di mana ketua kampung tersebut mengalami sakit yang berat dan hampir menemui ajal. Ketika para sahabat berehat di situ, datanglah wakil dari kampung tersebut meminta sesorang daripada para sahabat agar menjampi atau mengubati ketua kampung itu. di kalangan sahabat, bangun seorang budak dan pergi ia ke rumah ketua kampung bersama-sama dengan wakil tersebut. Setelah membaca jampi, pulanglah budak itu ke pangkuan para sahabat. Bila ditanya, dengan apakan engkau menjampi.....Dia menjawab: dengan Al-Faatihah sahaja. Ditakdirkan ketua kampung itu sembuh. Bila kembali sahabat ke Mekah, mereka bertanya menceritakan perkara itu kepada baginda Rasulullah. maka baginda bersabda:" Mana kamu tahu itu adalah jampi, Benar, ia adalah jampi".

Banyak lagi hadis-hadis yang menyatakan keharusan menjampi dengan ayat-ayat Allah terutama surah Al-Faatihah. Sebab itu dalam amalan ruqyah, surah Al-Faatihah dibaca terlebih dahulu sebelum surah-surah yang lain.

Tersebut dalam beberapa kitab terdahulu bahawa barangsiapa membaca surah ini sebanyak 41 kali selepas solat subuh, nescaya diakayakan Allah jika ia fakir, dipermudahkan membayar hutang jika ada ia berhutang, disihatkan Allah jika ia sakit, dikuatkan Allah jika ia dhaif atau lemah.

Syekh Muhyiddin Ibnu Arabi, seurang ulama terkenal pernah berkata:'' sesiapa yang ada baginya sesuatu hajat, hendaklah ia membaca surah ini sebanyak 40 kali setiap solat fardhu dan solat sunat baa'diah maghrib, sebelum ia bangun dan bercakap-cakap perkara lain, lalu dimintakan kepada Allah apa-apa hajatnya, nescaya akan dikabulkan segala hajatnya dengan kehendak Allah dan dengan barokahnya surah ini".

Senjata bagi Mukmin: Khasiat Basmalah (3)

0 comments
Mengikut Syeikh Muhammad Yaaqub Rahimahullah, kita boleh memohon kepada Allah untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta kita melalui amalan membaca Bismillah, dengan tatacara berikut:

1- Bacalah Al-Faatihah kepada Rasulullah SAW (Ilaa Hadrati nabiyyinal musthofaa muhammadin SAW  
    lahul faatihah)

2- Bacakan Al-Faatihah untuk sekalian ahli Naubah (Ilaa Hadrati jamii'i ahlin naubati min auliyaai'illaahi
    taala qaddasallahu asroorohum lahumul faatihah)

3- Bacalah bismillah 41 kali

4- Baca doa ini : Ilaa Hadrati jamii'i ahlin naubati fii haazihillailati minal malaaikati alaihimusolaatu    
    wassalamu lahumul faatihah)

5- Baca bismillah 41 kali lagi

6- Berdoalah kepada Allah dan mohon perlindungan kepadaNya.

7- Selawatlah kepada Rasullah SAW kerana doa tanpa selawat akan tergantung antara langit dan bumi
    dan tidak terangkat kehadrat Allah Taala.

Saya izinkan kepada sesiapa yang ingin mengamalkan semua amalan Khasiat Basmalah yang telah saya nukilkan. tetapi harus diingat, khasiat sesuatu amalan hanyalah ganjaran, kelebihan dan keistimewaan yang Allah letakkan pada sesuatu perkara. maka janganlah kita beramal kerana semua itu kerana ianya bukan tujuan yang haqiqi malah ianya sementara sahaja. Beramallah benar-benar kerana Allah dan untuk mendekatkan diri kepadaNya. Itulah niat yang sebenar dalam semua ibadah. Jikalau beramal kerana khasiat, maka mungkin kita kan mendapat khasiat tersebut, tapi kita jauh dari Allah. Tetapi jika beramal kerana Allah, maka Allah akan memberikan segala-galanya yang Dia kehendaki kepada hamba-hamba yang disukai dan dirahmatiNya...Insyaa Allah.

**segala tulisan adalah dalam versi ruumi, adalah perlu untuk merujuk ustaz-ustaz dalam memperbaiki bacaan agar lebih baik.
Wednesday, 3 August 2011

Senjata Bagi Mukmin: Khasiat Basmalah (2)

0 comments
Abu Hurairah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Apabila engkau mendapat suatu musibah, maka bacalah Bismillah dan Walaa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaah, nescaya Allah akan menutup 70 pintu malapetaka, kesusahan dan dukacita daripada kamu".

Tersebut juga dalam kitab-kitab fadhail lama bahawa barangsiapa yang membaca Bismillah dengan berwudhuk pada hari Ahad sebanyak 313 kali sebanyak bilangan rasul-rasul, dan beristighfar sebanyak 100 kali, nescaya Allah akan meluaskan rezekinya daripada apa yang ia tidak sangka-sangka.

Menurut Imam Al-Ghazali, barangsiapa membaca Bismillah sebanyak 12000 kali, setiap 1000 kali sembahyang ia dua rakaat, kemudian setelah habis pembacaan dan solat memohon ia kepada Allah akan hajatnya, nescaya Allah akan memakbulkan segala hajat dunia dan akhiratnya sama ada cepat atau lambat.

Senjata Bagi Mukmin: Khasiat Basmalah (1)

0 comments
Bersabda Rasulullah SAW: " Barang suatu pekerjaan yang tidak dimulai dengan Basmalah, yakni bismillaahir rohmaanir rahiim, maka terputuslah ia". Imam Syeikh Zainal Abidin dalam kitab tauhidnya Aqiidatunnajiin menerangkan yang dimaksudkan dengan "terputus" di sini ialah terputus dari rahmat Allah, walaupun pada zahirnya ianya sempurna namun di sisi Allah ianya masih belum sempurna.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh DarulQutni dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: " Adalah jibril pernah datang menjumpai aku dengan membawa wahyu, mula-mula yang diberikannya kepadaku adalah Bismillaahir rahmaanir rahiim".

Satu hadis dari sayyiditina Aisyah Radhiallahu anha pula meriwayatkan : "bahawa tatkala turunya Bismillah, bertasbihlah gunung-gunung hingga kedengaran kepada penduduk mekah. Orang kafir Mekah berkata" Muhammad telah menyihir gunung", maka Allah pun menurunkan asap sehingga melindungi penduduk mekah."

Rasulullah juga bersabda : "Barangsiapa mengucapkan bismillah dengan yakin, maka bertasbihlah segala gunung-ganang sedangkan dia tidak mendengarinya".

Rasulullah juga ada bersabda dalam sebuah hadis yang sahih: " Tiada seorang hamba pun mengucapkan bismillah melainkan hancurnya syaitan sebagaimana hancurnya timah di atas api".

Daripada semua hadis ini, dapatlah kita merumuskan bahawa terlampau banyak rahsia dan khasiat yang Allah letakkan pada perkataan Bismillah sehingga tidak semua manusia memahaminya melainkan orang-orang yang Allah Taala pilih sahaja.

Di lain masa kita akan menyambung lagi tentang kelebihan kunci Al-Quran ini Insya Allah.

Berubat Megikut Sunnah Satu Kewajipan Ummat Islam

0 comments
Assalamulaikum warohmatullahi wabarokaatuh... Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah Taala, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah S.A.W, penutup segala nabi, sahabat-sahabatnya, keluarganya dan zuriatnya yang solihin. Doa dipanjatkan ke atas guru-guru yang telah mengajarkan segala ilmu dunia dan akhirat, ibu dan ayahku, pendahwah-pendakwah dan  muslimin-muslimat yang dirahmati Allah....Amiin ya rabbal Aalamin

Wahai saudara seislamku, ketahuilah bahawa segala perkara yang berlaku di dunia ini adalah dengan kehendak Allah Taala dan izinNya.Kesihatan,kekayaan,kecantikan,ketenangan,kemakmuran,kebahagian adalah dariNya jua. Begitu juga dengan kesakitan,kesempitan,kesengsaraan,kefakiran.Semuanya dari Allah dan ciptaan Allah,tetapi segala yang baik diciptakan Allah untuk manusia mendapatkannya,manakala yang jahat pula Allah menyuruh manusia menjauhinya. Sebagai contoh, Allah menjadikan syurga untuk manusia mendapatkannya,pada masa yang sama Dia juga menjadikan neraka dan menyuruh manusia mengelakkannya. Syeikh Muhammad Soleh,salah seorang alim dan ahli terkenal dalam ilmu tasawwuf telah berkata di dalam kitabnya Kashful Asrar bahawa segala-galanya adalah ciptaan Allah, sama ada yang baik mahu pun yang jahat, termasuklah tingkah laku manusia. Allah menjadikan Taat dan maksiat untuk manusia memilih dengan bekalan tabii yakni akal dan bekalan ilahi yakni wahyu. Meskipun begitu, yang baik wajib disandarkan kepada Allah walaupun ada usaha manusia padanya manakala yang jahat wajib disandarkan kepada manusia meskipun ianya berlaku dengan kehendak Allah.

Berbalik kepada soal kesihatan, Allah menjadikan penyakit sebagai satu dugaan kepada hambanya. Dia juga menjadikan penawar bagi setiap penyakit untuk manusia berusaha mendapatkannya dan tidak boleh berserah semata-mata. akan tetapi, manusia terutama orang Islam hendaklah memilih perubatan yang tidak bertentangan dengan syariat Islam, tidak kira perubatan moden mahupun tradisional. Oleh yang demikian, rujuklah orang yang berilmu pengetahuan dalam usaha mendapatkan rawatan. Kita perlu ingat, bukan kesembuhan sahaja yang kita perlu dapatkan apabila kita sakit, tetapi apa yang kita wajib dapatkan ialah kesembuhan beserta Redha Allah Taala.....renung-renungkan dan selamat beramal...

Biromatilllah wabarokaatihi.....wallahua'lam.....

Mencegah Lebih baik daripada Berubat

0 comments
Kita selalu mendengar ucapan ini, tetapi amat susah untuk dilaksanakan. Itu sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia. Penyakit ada dua macam, pertama : Penyakit Zahir iatu penyakit yang menyerang jasad manusia luar dan dalam. Kedua: Penyakit Batin iaitu penyakit yang menyerang hati dan roh manusia. Kedua-dua penyakit ini ada disebut oleh Rasulullah SAW bukan sekali, malah berkali-kali. Baginda juga mewariskan pelbagai zikir dan amalan yang mesti dilakukan oleh orang mukmin untuk mengelak daripada penyakit dang mengubatinya. Cuma kita tidak mahu mengkaji dan mempelajari segala yang telah disampaikan oleh baginda. Antaranya adalah zikir-zikir yang terdapat dalam kitab-kitab karangan ulamak muktabar terdahulu seperti kitan Al-Azkaar karangan Imam Nawawi, Kitab Amalul Yaumi wallailah karangan Imam Ibnus Sinni dan banyak lagi. Marilah kita sama-sama mempelalajari dan sekaligus mengamalkan zikir-zikir amalan Rasulullah yang mustajaab ini melalui hadir ke majlis-majlis ilmu di masjid atau surau berdekatan atau seumpama dengannya.

Pengalaman Berubat 1

0 comments
Baru-baru ini, seorang murid sekolahku selalu pengsan di sekolah. Kadang-kadang sampai dua kali satu hari.Pendek kata pengsan je sedar, sedar je pengsan. Aku diberitahu kawan-kawan tetapi memandangkan masa tu aku sudah pulang, jadi tak dapatlah berbuat apa-apa. Guru lainlah kena hantar murid tu balik bila dia sedarkan diri. Aku pula masuk sekolah pukul 10 pagi balik pukul 4 petang...dua sesilah katakan.

Hari tu, kebetulan aku berada di sekolah. Dia pengsan lagi dan aku dipanggil seorang ustazah yang mengajar kelasnya. Aku tengok terbaring atas lantai dengan mata terbeliak dan tangan mengeras. aku baringkan di atas meja.

Aku bacalah apa yang patut...alfatihah, ayat kursi dan doa-doa berkaitan.Alhamdulillah, sedarlah murid tu. Tapi, matanya cukup tajam dan menjeling ke kanan dan ke kiri sambil dia memberitahu aku ada makhluk di hadapannya berwarna hijau. tapi yang dia paling takut warna hitam.

Aku pun minta dia merenung mataku. Aku mula membaca beberapa ayat Al-Quran dan tiba-tiba, dia pengsan lagi daaa..
dalam lima minit dua kali pengsanlah kiranya. Rupa-rupanya dia pengsan sebab terlampau takut dek kerana ternampak bermacam-macam makhluk yang menakutkan. Cuba bayangkan kalu kita di tempat dia, mahu tak takut.

Aku pun lakukan ruqyah macam tadi. Bila tersedar, aku suruh dia pergi kantin makan dengan ustazah tu. Selepas itu, aku ingatkan ustazah tersebut agar maklumkan pentadbir sekolah tentang perkara ini dan aku juga ingin berjumpa dengan ibubapanya.

Esok tengahari, aku dipanggil pentadbir untuk berjumpa dengan bapanya. Aku bertanya beberapa soalan kepada bapanya. Ternyata anaknya baru shahaja mengalami penyakit sedemikian, kira dalam kurang sebelum. Dalam tempoh itu, beliau telah berubat di banyak tempat termasuk di pusat perubatan Islam, berjumpa ustaz-ustaz dan bomoh. Pelbagai jawapan diberikan kepadanya. namun masalah tetap berlaku. Malah anaknya semakin hari semakin menjadi-jadi. Yang peliknya, kat sekolah je pengsan tapi kat rumah tidak.

Aku minta agar murid tersebut dibawa kerumahku untuk diubati. Aku bukanlah ahli dalam mengubati orang. Tetapi oleh kerana kesiankan muridku ini yang selalui pengsan, aku cubalah apa yang aku boleh dengan kuasa Allah.

Aku pun mula mengubatinya. Kali pertama berubat, beliau sudah menunjukkan tanda-tanda yang baik di mana beliau tidak pengsan lagi. Aku sambung dengan rawatan kedua dan ketiga.

Sekarang, Alhamdulillah. Muridku sudah baik dan tidak diganggu lagi. Bapanya bertanya, bagaimana ustaz melakukannya?aku menjawab: Hanya Al-Quran dan doa Rasulullah yang dibaca.Tidak lebih dari itu. Itu semua kehendak Allah. kalu Dia hendak menyembuhkan, dengan siapa pun kita berubat, kita pasti sembuh. Itulah keyakinan sepenuhnya yang patut ada dalam diri kita. Masalahnya ialah kita yakin dengan Allah, tetapi sejauh mana keyakinan itu....

Yang kita lakukan hanya sedikit ikhtiar yang tidak memberi apa-apa bekas pada Kudrat dan Iradat Allah. Rasulullah ada bersabda "sakit itu ketentuan Allah dan kesembuhan juga ketentuan Allah,Itu Semua ketentuan Allah".

Sejarah ada menyatakan bahawa Khalid Al-Walid, panglima Islam terkemuka pada zaman Rasulullah pernah dicabar orang kafir supaya meminum racun jikalau Islam itu benar. Beliau terus meminum racun itu dengan berkata"Dengan nama Allah, tiada apa yang memudaratkan dengan namaNya di langit dan di bumi, dan Dialah Maha mendengar dan mengetahui". Dengan kuasa Allah, beliau tidak mengalami apa-apa kesan daripada racun yang diminum.

Itulah yang dinamakan keyakinan pada Allah.

Kursus Rawatan islam

0 comments
Alhamdulillah, baru-baru ini aku telah mengikuti kursus rawatan Islam bersama pengasas Darul Manzil, Ustaz Khairul Syakirin. Beberapa ilmu rawatan dan amalan sebagai perawat Islam telah diijazahkan oleh beliau kepada semua penuntut pada hari itu...

Terima kasih ustaz....

Teman-teman boleh tengok kat atas...ada gambar. Seronoh jugak ambik gambar bila pergi kursus...boleh tengok balik kan..kalu tak ambik maknanya tak boleh tengoklah..

Sebelum ni pun ada pergi kursus tapi tak ambik gambar...jadi tak bolelah letak.

Bercakap tentang rawatan Islam, saya lihat hari ini bukan saja ustaz-ustaz yang berminat malah selain ustaz pun ada. Ada engineer, ada doktor perubatan dan macam-macam lagi. Umur tak kira peringkat. Yang enam puluh pun ada, kadang-kadang dua puluh pun ada.

Baru-baru ni aku ada berkursus dengan ustaz Syarhan Sinar Zamdurrani. Peserta datang dari pelbagai golongan. Ada guru, staff kerajaan dan swasta. Pendek kata, hari ini rawatan Islam agak menonjol dan maju kehadapan. Ramai yang hendak belajar. yelah, dapat pahala yang besar kerana rawatan dan amalan semuanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa- doa Rasulullah. Aqidah dapat diteguhkan, bacaan Al-Quran dapat diperbaiki. Semua tu kan baik untuk kita orang Islam. Yurannya pun cukup murah. Ilmunya padahal amat berguna sekali.

Apa yang penting, kita belajar kerana Allah. Semuanya akan berjalan dengan baik dari awal hingga akhir InsyaAllah.
Tuesday, 2 August 2011

Alu-Aluan Dariku

0 comments
Assalamulaikum warohmatullahi wabarokaatuh... Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah Taala, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W, penutup segala nabi, sahabat-sahabatnya, keluarganya, zuriatnya, para tabiin dan tabi' tabien yang solihin. Doa dipanjatkan juga ke atas guru-guru yang telah mengajarkanku segala ilmu dunia dan akhirat umumnya, khususnya yang telah mengajarkanku ilmu perubatan Islam melalui pengijazahan, pengisian, kursus-kursus dan bimbingan amalan, iaitu Guruku Al-Fathil Bapak Erry Ebriansyah bin Zikri Effendi Bin Syeikh Shihabuddin Pengasuh Ilmu Hikmah Mujarrob Dan Ilmu Nur Malaikat, Dr Md Keegan Anderson Abdullah Pengasas Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI), Ustaz Sharhan Bin Shafie Pengasas Pusat Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Ustaz Khairul Syakirin Pengasas Pusat Perubatan Islam Darul Manzil, Ustaz Sabri Ibrahim Pengamal Perubatan Islam diTeluk Villa Sabah, tidak lupa kepada ibu dan ayahku, pendahwah-pendakwah dan  muslimin-muslimat yang dirahmati Allah....Amiin ya rabbal Aalamin

Ilmu-Ilmu Perubatan Alternatif

0 comments
Terdapat lima jenis ilmu perubatan alternatif yang sering diamalkan sekarang. Kesemuanya ada elemen dan ciri-ciri yang tersendiri tetapi apa yang penting, ilmu-ilmu ini berkait rapat dengan agama kita, yakni agama Islam. Setiap perawat merawat pesakit dengan salah satu ilmu ini, bahkan ada yang merawat menggunakan kombinasi atau gabungan beberapa keilmuan yang disebutkan ini.

Ilmu-ilmu yang dimaksudkan ialah:

1- Ilmu Ruqyah: Iaitulah ilmu perubatan yang berasaskan kepada ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa Rasulullah yang mustajab. Ada juga doa-doa para sahabat, tabiin dan para wali masyhur. Ianya dibaca dengan kuat dan nyaring agar dapat didengari oleh pesakit dan orang di sekitarnya. Selain merawat penyakit, bacaan ruqyah juga dapat menenangkan hati para pendengar dan mendidik mereka supaya mencintai ayat-ayat Allah dan agamanya. ianya banyak diamalkan oleh perawat Islam yang menekankan aqidah yang bersih dan tulus. Kuncinya adalah tawakkal sepenuhnya kepada Allah. Ayat-ayat ruqyah juga disebut sebagai Ayat manzil atau Ruqyah Syariyyah.

2- Ilmu Tenaga Dalam:
Saturday, 30 July 2011

Kitab-Kitab Taqlidi Dalam Rawatan Islam/Ilmu Hikmah

0 comments
1- Syamsul Anwar wakunuuzul Asrar
Karangan Syeikh Ahmad Ali Bin Al-Buuni

2- Risalah Mizaanul Adli Fii Maqoosidil Ahkaamir Ruumi
Karangan Assayyid Abdul Qaadir Al-Husaini

3- Manba' Usuulil Hikmah
Karangan Syeikh Ahmad Ali Albuuni

4- Arrohmah Fittibbi Walhikmah
Karangan Imam Jalaaluddin As-Suyuuthi

5- Al-Aufaq
Karangan Imam Al- Ghazali

6- Khaziinatul Asraar Wa Jaliilatul Azhar
Karangan Assayyid Muhammad Haqqi Nazili

7- Al-Fawaaidh Fis Silsilah Wal Awaaidh
Karangan Syeikh Siraaji Zabidi

Ahlan Wasahlan Yaa Ramadhan

0 comments
Ahlan Wasahlan Yaa Ramadhan
assalaamulaikum...

Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Akhir bulan syaaban ini juga aku diminta oleh pihak surau untuk menyampaikan ceramah ringkas tentang bulan puasa dan hal-hal yang berkaitan puasa.

Setelah merujuk dan membuat ulangkaji beberapa buah kitab lama yang dipelajari, aku membuat rumusan dan insya Allah akan menyampaikan beberapa perkara yang penting untuk kita semua ketahui tentang ibadat puasa.

Pertama: Takrif dan Hukum Puasa

Puasa darisegi bahasa bermaksud menahan daripada sesuatu. Jika kita menahan diri daripada bercakap, kita juga boleh dianggap berpuasa pada bahasa.
Manakala darisegi syara', puasa bermaksud menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dengan dengan niat dan cara-cara yang tertentu dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Manakala hukum puasa pula (syarat wajib puasa) adalah empat perkara:
1- Islam
2- Baligh
3- Beraqal
4- Berkuasa.
Ada beberapa ulama' yang menambah kepada enam perkara...iaitu
5- Sihat tubuh badan
6- bermukim.

Kedua: Sebab Wajib Puasa ramadhan

Mesti melaksanakan ibadah puasa apabila berlaku salah satu daripada lima perkara dibawah:
1- Sempurna Bulan Sya'ban 30 hari
2- Melihat Anak Bulan Ramadhan pada malam ketiga puluh sya'ban oleh seorang laki-laki yang adil. Kemudian hendaklah dia bersaksi di hadapan qadhi untuk di war-warkan kepada umum.
3- Melihat anak bulan ramadhan pada hak orang yang fasiq, atau perempuan, atau hamba. Mereka hendaklah berpuasa jika melihat sendiri dan tidak perlu bersaksi di hadapan qadhi. Orang yang percaya dengan kata-kata mereka juga perlu berpuasa.
4- Perkhabaran yang mutawaatir seperti ramai orang yang mengkhabarkan, atau bunyi meriam, atau dipasang pelita atau seumpamanya mengikut adat sesuatu negeri.
5- Zhon atau berat sangka dengan jalan ijtihad bagi orang yang berada di penjara atau tawanan perang dan sebagainya.

Ketiga: Syarat Sah Puasa

Terdapat empat syarat sah puasa:
1- Islam, terkeluar daripadanya kafir samaaada kafir asli atau murtad
2- Tamyiiz
3- Suci daripada haid, nifas dan wiladah
4- Mengetahui akan waktu yang boleh berpuasa padanya

Kelima: Syarat Wajib Puasa


Terdapat Tiga syarat utama iaitu:
1- Islam. Imam Malik berpendapat Islam hanya syarat sah dan bukan syarat wajib kerana orang islam atau bukan islam semuanya menaggung kewajipan berpuasa. Imam syafie berpendapat kafir asli tidak wajib manakala kafir murtad masih wajib dan perlu diqadha setelah ia masuk islam kembali.
2- takliif ataupun baligh dan beraqal.
3- Berkuasa
Imam zayyaadi dalam kitabnya Al-Anwaar menambah dua lagi syarat wajib Iaitu:
4- Sihat tubuh badan
5- Bermukim

Keenam: Rukun Puasa

1- Niat pada malam hari setiap malam di sisi Imam Syafie. Manakala di sisi imam hambali dan maliki boleh niat sebulan terus dengan syarat tidak putus puasa di tengah-tengah. Di sisi imam hanafi pula, niat boleh dilakukan dari malam hingga gelincir matahari esoknya.
2- Meninggalkan perkara-yang membatalkan puasa.
3- Orang yang berpuasa.

Ketujuh: Perkara Membatalkan Puasa

1- Riddah atau keluar daripada Islam
2- Haid, nifas dan wiladah
3- Gila, pengsan atau mabuk seluruh hari
4- Membatalkan puasa dengan sengaja
5- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka
6- Muntah dengan sengaja
7- Berbekam di sisi Imam Hanafi, manakala di sisi Imam Syafie ianya makruh sahaja.
8- Bersetubuh

Kelapan: Syarat Wajib Kifarat Jima'

1- Orang yang menyetubuhi, yakni lelaki.
2- Tidak dilakukan semasa musafir yang harus Qosar
3- Dalam bulan Ramadhan, yakni puasa ramadhan sahaja
4- Semua jenis Jima' walaupun dengan binatang
5- Tidak dicampuri dengan perkara - perkara lain yang membatalkan puasa
6- Mukallaf, yakni baligh dan beraqal

Kesembilan: Wajib Menahan Diri Walaupun Batal Puasa

1- Buka dengan sengaja
2- Meninggalkan niat
3- sahur selepas waktu subuh walaupun disangka masih malam
4- Berbuka sebelum maghrib walaupun disangka sudah malam
5- Tidak berpuasa dengan menyangka masih syaa'ban sedangkan sudah ramadhan
6- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja

Maklumat diatas dirujuk daripada beberapa buah kita feqah yang masyhur antaranya Fathul Muin karangan Syeikh zainuddin, Kasyfus sijaa karangan Syeikh Ibnu Abil Mu'thi, Kifayatul Ghulaam karangan Syeikh daud Al-Fathooni, Al-Fiqhu Alaa Mazaahib Arbaah karangan Dr Mohd Ibraahiim.

Semua perkara di atas hanyalah asas-asasn puasa dan setiap tajuk ada huraiannya masing-masing yang mana ianya boleh didapati di dalm kitab-kitab feqah agama kita...

wallaahu A'lam Bissowaab.

Ayat-Ayat Ruqyah

0 comments
Ayat-Ayat Ruqyah
Di bawah ini adalah senarai ayat-ayat Al-Quran yang biasanya digunakan dalam perubatan Islam. Ianya juga disebut sebagai ayat-ayat Manzil. Berdasarkan kepada sunnah rasulullah dan amalan para sahabat, ayat-ayat ini digunakan untuk merawat pelbagai penyakit terutama penyakit yang berkaitan rohani atau spritual manusia. Ia juga digunakan dalam perubatan menangkis ganguan makhluk halus termasuk sihir.

Mungkin kaedah yang digunakan oleh perawat adalah berbeza mengikut keilmuan masing-masing. Ada yang membacanya pada belakang pesakit, atau ubun-ubunnya, atau ditiup keseluruh badan, atau dibaca pada air dan limau untuk mandi dan minum, atau lain-lain lagi. Namun, ayat-ayat yang digunakan adalah hampir sama kerana ianya merujuk kepada sumber yang satu iaitu Al-Quran. Ayat-ayat Ruqyah atau Manzil adalah sebagaimana di bawah:

1 - Surah Fatihah Ayat 1-7
2 - Surah Al-Baqoroh Ayat 1-5, 102-103, 113-114, 254-257, 286
3 - Surah Aala-Imraan Ayat 18-19
4 - Surah Al- A'raaf Ayat 54-56, 117-122
5 - Surah Yunus Ayat 81-82
5 - Surah Ibraahiim Ayat 52-53
6 - Surah Al-Mukminuun Ayat 115-118
7 - Surah Al-Israak Ayat 45-46
8 - Surah Too Haa Ayat 69-70
7 - Surah Yaasiin Ayat 1-9
8 - Surah Assoffaat Ayat 1-10
9 - Surah Al-Ahqaaf Ayat 29-32
10 - Surah Al-Hasyr Ayat Akhir
11 - Surah Al-Jin Ayat 1-10
12 - Surah Ar-Rahmaan Ayat 26-36
13 - Surah Al-Insyiraah Ayat 1-8
11 - Surah Ahad Ayat 1-4
12 - Surah Al-Falaq Ayat 1-5
13 - Surah An-Naas Ayat 1-6

Mengikut amalan saya, ayat-ayat ini saya bacakan sebahagiannya pada bahan-bahan rawatan seperti air dan seumpamanya, dan sebahagian lagi pada badan pesakit sama ada pada bahagian belakang atau hadapan bergantung kepada kesesuian. Saya juga menggunakan ayat di atas untuk ditiup pada badan pesakit terutama pada bahagian-bahagian yang mengalami kesakitan.

Ayat-ayat tersebut mestilah dibaca dengan betul darisegi hukum-hakamnya, seperti panjang-pendeknya, dengungnya, waqof dan ibtidaknya dan lain-lain. Bacaan mestilah dengan suara yang nyaring agar semua orang dapat menghayatinya dan bukan sahaja pesakit.

Selain merawat dengan ayat-ayat ruqyah, doa-doa rasulullah dan para ulamak juga mesti digunakan bersama-sama munajat kita selaku orang yang merawat. Ingat, yang menyembuhkan bukan jampi atau ruqyah kita, tetapi itu hanya ikhtiar sahaja. Yang maha Menyembuhkan hanyalah Allah Taala. kadang-kadang untuk memastikan kesembuhan yang cepat, niat, kaedah dan kepercayaan kita kepada Allah adalah yang paling utama. Jangan sesekali taajub pada perawat atau takut pada penyakit. Tiada yang benar-benar berkuasa melainkan Dia yang Maha Tunggal.

Kaedah yang saya gunakan lebih kurang begini :
Iktiqad--------Niat-----Rawat------Ikhlas--------Doa-------Munajat---------Tawakkal

Ketujuh-tujuh perkara amat penting dalam kita merawat dan memohon kesembuhan. Setelah saya mempelajari dan mempraktiknya, saya dapat rasakan ada perubahan besar dan amat ketara dalam saya melakukan proses pengubatan. Ada yang sakit dan telah cuba mengobat di banyak tempat hingga habis ratusan ringgit, namun belum sembuh. Setelah berubat beberapa kali dengan saya, barulah ada perubahan dan ianya semakin pulih. Ingatlah, Rahsianya bukan pada orang yang mengobati itu, tetapi pada orang yang minta diubati. Niat, iktiqad, kepercayaan dan rawatan yang kita cari mestilah benar-benar berpaksi pada jalan yang betul dan diredhai Allah. Jangan kita berubat dengan orang yang hanya menggunakan ayat-ayat Allah, tetapi tidak memandangkan pada kekuasaan Allah dengan penuh yakin dan sebenar-benarnya. Jangan Yang dipandang dan difokuskan hanya pada rawatan sahaja, tidak pada iktiqad dan kepercayaan yang benar-benar yakin. Apatah lagi jika kita melakukan rawatan dengan cara-cara yang bukan Islam, malah jauh menyeleweng hingga syirik dan menyekutukan Allah...Itu jauh lebih parah dan akan memudaratkan kita dengan lebih dahsyat...Kesembuhan yang dicari tetapi yang dapat hanyalah kemurkaan Allah...Bagaimana Dia ingin mengurniakan kesembuhan, Bukan begitu????

Setiap satu ada perinciannya yang mana hampir kesemuanya melibatkan batin atau hati kita. Insya Allah, jika ada kelapangan kita akan berkongsi dengan izinNya jua

Ilmu Pengobatan Dan Variasinya

0 comments
Assalamulaikum Warohmatullah...

Pada hari ini, Saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang ilmu perubatan yang diamalkan masa kini. Secara amnya, ilmu perubatan terbahagi kepada dua, iaitu Perubatan Moden dan Tradisional.

Perubatan Moden ialah perubatan yang menggunakan kaedah-kaedah yang moden dan ianya melibatkan penggunaan ubat-ubatan moden dan alat-alat moden yang berasaskan teknologi moden yang canggih-canggih. Sudah tentu kosnya juga kadang-kadang membebankan, terutama jika rawatan yang dilakukan melibatkan penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan seumpamanya. Dahulunya, perubatan ini diasaskan oleh ulamak-ulamak islam terkenal. namun setelah ratusan tahun, perubatan ini berkembang jauh lebih pesat di negara-negara barat dek kerana banyaknya pengkajian-pengkajian dilakukan di sana.

Perubatan Tradidsional yang juga dikenali sebagai perubatan melayu lama, adalah satu jenis perubatan yang menggunakan kaedah-kaedah dahulukala yang melibatkan pengunaan herba-herba, pokok-pokok tanaman, pokok-pokok hutan, pelbagai buah-buahan dan sebagainya. Kadangkala, unsur-unsur yang berupa jampi serapah dimasukkan bersama-sama perubatan ini.

Pada hari ini pula, kedua-dua Ilmu perubatan tersebut lebih dikenali dengan nama Perubatan Moden dan Perubatan Alternatif. Kadang-kadang disebut juga Perubatan Islam.

Kesimpulannya, Perubatan Moden juga adalah perubatan Islam. Jangan kita anggap perubatan yang menggunakan ayat A-Quran sahaja perubatan Islam, manakala Perubatan Moden adalah perubatan bukan Islam. Ketahuilah bahawa semua perubatan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam adalah perubatan Islam, samaada moden atau tradisional, samaada menggunakan ayat-ayat Al-Quran ataupun tidak. Ini kerana ilmu yang berasaskan fitrah dan tidak pula menyalahi agama Islam adalah salah satu daripada ilmu Islam dan digalakkan kita mempelajari serta mengamalkannya. Bukankah Islam itu adalah fitrah dan yang menyalahi fitrah adalah juga menyalahi Islam.

Jangan sesekali kita keliru tentang perkara ini. Oleh sebab itu, adalah sangat baik jika kita berubat dengan kedua-dua kaedah ini. Ianya akan mempercepatkan proses kesembuhan jika diizinkan Allah Taala.

Wallaahu A'lam....

Renungan Tassawwuf

0 comments
Alhamdulillah, wassolaatu wassalaamu alaa rasuulillah, wa alaa aalihi wasohbihi waman walaah...

Berkatalah Syeikh Muhammad Soleh dalam kitabnya bahawa ilmu yang wajib dituntut oleh setiap muslim itu tiga perkara: Ilmu Tauhid iaitu ilmu mengenal Allah, Ilmu Feqah iaitu ilmu menyembah Allah, dan Ilmu Tasaawuf iaitu ilmu mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun begitu, yang menjadi fardhu ain pada ketiga-tiga ilmu ini ada had-hadnya, kerana ilmu tersebut amat luas dan mendalam.

Pada Ilmu Tauhid, wajib kita menuntut akan dia barang yang berkaitan dengan sifat yang wajib, mustahil dan harus pada hak Allah taala. Wajib juga kita menuntut perkara-perkara yang berkaitan dengan sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi hak rasul-rasulNya. Selain itu wajib juga kita mempelajari perkara-perkara samiyyaat atau ghaibiyyaat yang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah dalam sunnahnya, seperti syurga, neraka, timbangan, mahsyar, kewujudan jin dan malaikat, dan hal-hal yang berkaitan sekira-kira ianya menjadi dalil akan kewujudan dan kekuasaan Allah dan menambahkan keyakinan seseorang pada yang demikian itu. wajib belajar beserta dalil-dali ijmali, yakni dalil umum yang bertepatan dengan aqal yang waras. Manakala mengetahui dalil-dalil syara' atau tafsilin pada sekalian itu adalah fardhu kifayah jua.

Pada ilmu Feqah pula, fardhu ain ke atas kita mempelajari segala perkara yang bersabit dengan amalan wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan segala yang berkaitan dengannya, dari segi syaratnya, rukunnya, yang membatalkannya. Berbeza dengan haji, wajib kita belajar apabila telah sampai kewajipan kita menunaikannya. Sekiranya masih belum mampu, jadi mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Itulah yang disebut oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Minhaajul Aabidin dan Fathul Qariib.

Pada Ilmu Tasaawwuf pula, wajib kita menuntut barang yang bersabit dengan perkara-perkara yang mengesahkan amalan kita, kerana terbatalnya amalan kita dek kerana wujudnya perkara-perkara yang tidak baik di dalam hati sanubari kita. Sebagai contoh, jika kita solat tanpa khusyuk, amalan kita tidak diterima meskipun sah pada hukum feqahnya. Begitu juga jika kita menderma dengan perasaan bangga diri atau riyak, juga tidak diterima. secara kesimpulannya, fardhu ain ke atas kita belajar perkara yang bersabit dengan hati, seperti sifat-sifat mahmudah, sifat-sifat mazmumah, kewajipan menjaga anggota badan daripada melakukan maksiat dan seumpamanya.

Ketahuilah bahawa lepaslah kewajipan menuntut ilmu agama yang fardhu ain sekiranya kita belajar pada ilmu tauhid barang yang terdapat di dalam kitab Arbaiin Fii Usuluddin karangan Imam Ghazali.Manakala ilmu feqah pula, Fathul Qarib. manakala Ilmu Tasawwuf pula Minhaajul Aabidin. Ketiga-tiga kitab adalah karangan Imam Ghazali Rahimahullah yang mana sekiranya kita khatam ketiga-tiga kitab ini, maka berilmulah kita pada asa-asas agama kita dan lepaslah tuntutan belajar fardhu ain kita....cuma tinggal lagi beramal padanya.

Renungan Tauhid

0 comments
Renungan Tauhid
Assalamulaikum warohmatullah....

Puji-pujian bagi Allah, Tuhan yang menjaga sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, para sahabat dan keluarganya, tabiin, tabi' tabiin dan para solihin.....

Ketahuilah sesungguhnya memuji Allah dalam sesuatu percakapan, tulisan atau apa sahaja adalah perkara sunat yang sangat dituntut Islam. Memuji Allah adalah permulaan yang hakiki, atau yang diistilahkan sebagai "Ibtidaak Haqiqi". Manakala berselawat ke atas nabi kita pula adalah permulaan yang kedua atau disebut sebagai "Ibtidaak Idhoofi". Ini ada disebut oleh Imam Zainal Abidin dalam kitabnya Aqiidatun Naajiin Fii Ilmi Usulid Din, sebuah kitab tauhid yang dicedok (naqol) dari kitab Ummu Al-Baroohin karangan Imam Syeikh Sanusi yang mana ianya banyak dipelajari di pondok-pondok di Malaysia, terutama di Kelantan. Kedua-dua ibtidaak ini mesti selalu diambil perhatian oleh ummat Islam dan diamalkan dalam semua aspek kehidupan dan bukan semasa hendak berceramah agama sahaja.

Sebagai contoh, jika seorang guru ingin mula mengajar, biasakanlah dengan memuji Allah dan berselawat ke atas baginda Rasulullah selepas membaca bismillah, sekurang-kurangnya dengan ucapan "Alhamdulillah, Wassolaatu wassalaamu ala Rasuulillah". Sudah tentu kita maklum akan fadhilat ketiga-tiga ucapan itu.

Jika kita sentiasa ingat akan Allah, Allah lebih - lebih lagi ingat akan kita. Malah, ingatanNya lebih baik dari segala-galanya di atas muka bumi ini. Hadis Nabi yang bermaksud: Allah berfirman dalam hadis Qudsi: "Barangsiapa yang ingat akan Aku dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Barangsiapa yang menyebut namaKu dalam suatu majlis, Aku akan menyebutnya dalam suatu majlis yang lebih baik dari majlisnya".

Lihatlah betapa pemurahnya Allah Taala kepada kita. Jangan kita hanya tahu belajar tetapi tidak mengamalkannya. Imam Syeikh Abul Qodir Jailani pernah menyebut dalam kitabnya Alfathul Baari" Orang jahil celaka satu kali manakala orang aliim celaka tujuh kali".
 

pOndoK BarU suMbanGaN YB..

pOndoK BarU suMbanGaN YB..

mAsJiD kOTa dAmANSArA...

mAsJiD kOTa dAmANSArA...

kEBAKaRAN juGaK..

kEBAKaRAN juGaK..

gAmBAr sEKoLAhKU...mERAH kUNiNG tuUUU..

gAmBAr sEKoLAhKU...mERAH kUNiNG tuUUU..

KANTiN sEKOLahLa..

KANTiN sEKOLahLa..

gURu aGAmA sEDANg mEETiNG

gURu aGAmA sEDANg mEETiNG

BlOK sEKoLAh..

BlOK sEKoLAh..

MaSjiD HaMZaH BaTu CaVeS..

MaSjiD HaMZaH BaTu CaVeS..

mURiD yANg bAiK...

mURiD yANg bAiK...

Ni hUkM dARi LuAr.....

Ni  hUkM dARi LuAr.....

depaN zOoo...

depaN zOoo...

dAri ataS baNguNan

dAri ataS baNguNan

oRanG kuAt SurAu Ni

oRanG kuAt SurAu Ni

mASJi bNDr bARu sG bULOh..

mASJi bNDr bARu sG bULOh..

pROgRAm kESeLamAtAn KEBaKArAN

pROgRAm kESeLamAtAn KEBaKArAN

Xda OraNg Pun TePi SeKolaH..

Xda OraNg Pun TePi SeKolaH..

kANTiN jUGAK...

kANTiN jUGAK...

mEEtiNG jUGaK dAA..

mEEtiNG jUGaK dAA..

KetA SapA ni...

KetA SapA ni...

LegaR LuaR...CaNtikKaN??

LegaR LuaR...CaNtikKaN??

Ni pUN sAMA..

Ni pUN sAMA..

sUrAU huKm...tEnANg jE...

sUrAU huKm...tEnANg jE...

PanDaiKe bAwa BaS DiK..

PanDaiKe bAwa BaS DiK..

mY suraU...

mY suraU...

meeTiNg suRau dAA..

meeTiNg suRau dAA..

BahAGiAN dALaM mASJiD...

BahAGiAN dALaM mASJiD...

lATiHaN mEmAdAm...

lATiHaN mEmAdAm...

dEpAn sEKoLAH...xDA oRAnG

dEpAn sEKoLAH...xDA oRAnG

YanG NaMpAk Tu The StoRe..

YanG NaMpAk Tu The StoRe..

ni aNAk bUAhKU yAnG bARu oPERAtiON....

ni aNAk bUAhKU yAnG bARu oPERAtiON....

JoM JoM Jom...Jom Heboh HebOh

JoM JoM Jom...Jom Heboh HebOh

BaHagiaN LuAr...

BaHagiaN LuAr...

My pREnD...

My pREnD...

Posing yE.....

Posing yE.....

dEpaN Aaa FaMoSa MelakA

dEpaN Aaa FaMoSa MelakA

mY nepHeW iS praYinG..

mY nepHeW iS praYinG..

my BesT pReNd..

my BesT pReNd..

bAHaGiAN tEPi mASJiD

bAHaGiAN tEPi mASJiD

gUrU pUlA mEMaDaM..

gUrU pUlA mEMaDaM..

pRa SEkOLAh..

pRa SEkOLAh..

pARKiNG kERETA

pARKiNG kERETA

dAh oK SiKiT...

dAh oK SiKiT...

tEkA kAt mAnA...

tEkA kAt mAnA...

Ni Pun SaMaaa..

Ni Pun SaMaaa..

pANgSAPUri sG bESi...TiNGGiNYEr..

pANgSAPUri sG bESi...TiNGGiNYEr..

AlhAmdUliLLah...seMakiN Ok...

AlhAmdUliLLah...seMakiN Ok...

Ni kaT MelaKa juGa..

Ni kaT MelaKa juGa..

mAsjiD sG beSi

mAsjiD sG beSi