Assalaamualaikum...
Hari ini genaplah 19 hari kita berpuasa Ramadhan. esok, akan masuklah fasa ketiga bulan Ramadhan yang amat penting sebagaimana diisyaratkan oleh Rasulullah dalam sabdanya yang masyhur itu. Fasa yang menjanjikan "i'tqumminannaar" ataupun kebebasan dari api neraka.
Syeikh Abdus Somad Rahimahullah menukilkan dalam kitab fadhoilnya, iaitu kitab Jam'ul fawaaid Wa Jawaahiril Qolaaid, bahawa Anas Bin Malik menyatakan bahawa barangsiapa yang memuji Allah akan ketibaan bulan ini, nescaya Allah akan memberi keafiatan dan kemudahan dalam urusannya pada tahun itu. Imam Ali RA juga menyatakan barangsiapa berdoa bila masuknya bulan Ramadhan [...]
Friday, 19 August 2011
Sunday, 14 August 2011
Rawatan Histeria Secara Islam
Assalamualaikum...
Sudah tentu ramai yang pernah melalui pengalaman histeria, samaada diri sendiri yang mengalaminya ataupun orang sekeliling, di kalangan ahli keluarga atau sahabat handai yang mengalaminya. Namun, seseorang perlu tahu cara-cara mengubatinya. Jika tidak, kita hanya menunggu dan menunggu seseorang yang lebih tahu atau pakar untuk merawatnya. Andaikan jika perawat yang dicari tinggal berjauhan, ataupun tiada perawat langsung pada saat dan masa itu...Bagaimanakah kita menganganinya?Tentu rumit bukan. Alangkah baiknya jika kita mempunyai sedikit ilmu untuk merawat ataupun sekurang-kurangnya kita mencuba untuk mengurangkan ketegangan [...]
Wednesday, 10 August 2011
Rawatan Bagi Orang Pengsan
Assalaamualaikum...
Pada pagi subuh yang hening ini, terdetik di hati saya untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang rawatan bagi orang yang pengsan. Ianya mungkin jarang berlaku, tetapi jika berlaku, ianya mewujudkan suasana yang panik sekali.
Perkara ini bukan sahaja perlu diketahui oleh perawat sahaja, malah ianya perlu diketahui oleh semua orang. Andaikan kalau anak isteri kita pengsan di rumah, apakah tindakan kita? Paling senang, basuh mukanya dengan segelas air, kalau tak baik jugak hantarlah ke klinik atau hospital berhampiran. Itulah yang biasa atau boleh dilakukan jikalau kita tidak mempelajari apa-apa tentang masalah pengsan. [...]
Monday, 8 August 2011
Ilmu Pagar Diri dan Perlindungan
Assalaamualaikum Warohmatullahi Wabaarokaatuh...
Hari ini saya ingin berkongsi tentang Ilmu Pagar Diri mengikut amalan Rasulullah dan ulamak muktabar yang diwarisi dan diamalkan oleh orang Islam terutama perawat. Ianya berasaskan bacaan Al-Quran dan doa-doa bertunjangkan aqidah yang benar dan bertawakkal sepenuhnya pada Allah Taala. Ianya juga adalah zikir-zikir yang disebut di dalam kitab-kitab lama seperti Syarhul Muhazzab dan Al-Azkaar karangan Imam Nawawi, Amalul Yaumi Wallailah karangan Imam Ibnu Sinni dan banyak lagi. Antara amalan tersebut :
1- Pagar Diri dengan Tiga Qul : Di dalam satu hadis di dalam sahih Bukhari ada menyebut bahawa [...]
Sunday, 7 August 2011
Ilmu Bermanfaat
Assalaamulaikum...aku teringat kata-kata imam ghazali dalam kitabnya Bidayatul Hidayah,kitab Adab yang aku pelajari hampir 20 tahun lalu.Beliau merupakan seorang waliyyullah yang sangat alim dan waro' dan antara ulamak sufi yang menjadi ikutan hingga ke hari ini.Beliau mentakrifkan ilmu ada dua macam,bermanfaat dan tidak bermanfaat.Ilmu bermanfaat ialah ilmu yang benar yang wajib dipelajari oleh setiap mukmin.Ilmu bermanfaat ialah ilmu yang menambahkan iman dan amal kita kepada Allah,mendekatkan diri kita kepadaNya,dan ianya dapat mengisi hati-hati dengan cahaya ilahi yang maha Agung.Ilmu bermanfaat membawa kita ke arah ketaqwaan sejati [...]
Kelebihan Zikrullah
Assalaamualaikum...zikirullah bermaksud ingat pada Allah,atau menyebut nama Allah.Ia berasal daripada perkataan zakaro yakni menyebut atau mengingati sesuatu.Zikir luas maksudnya.Segala ibadah dan pengabdian kita pada Allah juga adalah zikir.Cuma solat adalah zikir yang paling agung kerana ianya melibatkan zikir lidah,zikir hati dan zikir anggota badan termasuk tangan,kaki,mata,kepala dan sebagainya.Lain-lain zikir hanya melibatkan lidah dan hati.Imam Ibnu Atho' menyatakan zikir ada 6 macam,serendah-rendahnya zikir lidah tanpa hati dan setinggi-tingginya ialah hatinya,lidahnya dan anggota badannyanya tidak melihat yang lain melainkan Allah.Renungkanlah...Dalam [...]
Saturday, 6 August 2011
Friday, 5 August 2011
Senjata bagi Mukmin: Khasiat Al-Faatihah (1)
Surah Al-faatihah merupakah surah pertama yang disusun di dalam Al-Quran Resam Uthmaani. Ianya bermaksud "pembukaan" yakni pembukaan bagi Al-Quran. ia juga dipanggil sebagai "Ummul Kitaab atau Ummul Quran", yang bermaksud ibu atau induk kepada Al-Quran. Ia juga disebut sebagai "Assab'ul Mathaani" yakni tujuh yang berulang-ulang atau tujuh ayat.
Imam Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Bu saiid Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Faatihatul kitaabi syifaaun min kulli daain". Bermaksud Al-Fatihah adalah ubat segala penyakit.
Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari bahawa sekumpulan sahabat telah bermusafir ke suatu tempat. Tiba-tiba mereka berehat [...]
Senjata bagi Mukmin: Khasiat Basmalah (3)
Mengikut Syeikh Muhammad Yaaqub Rahimahullah, kita boleh memohon kepada Allah untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta kita melalui amalan membaca Bismillah, dengan tatacara berikut:
1- Bacalah Al-Faatihah kepada Rasulullah SAW (Ilaa Hadrati nabiyyinal musthofaa muhammadin SAW
lahul faatihah)
2- Bacakan Al-Faatihah untuk sekalian ahli Naubah (Ilaa Hadrati jamii'i ahlin naubati min auliyaai'illaahi
taala qaddasallahu asroorohum lahumul faatihah)
3- Bacalah bismillah 41 kali
4- Baca doa ini : Ilaa Hadrati jamii'i ahlin naubati fii haazihillailati minal malaaikati [...]
Wednesday, 3 August 2011
Senjata Bagi Mukmin: Khasiat Basmalah (2)
Abu Hurairah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Apabila engkau mendapat suatu musibah, maka bacalah Bismillah dan Walaa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaah, nescaya Allah akan menutup 70 pintu malapetaka, kesusahan dan dukacita daripada kamu".
Tersebut juga dalam kitab-kitab fadhail lama bahawa barangsiapa yang membaca Bismillah dengan berwudhuk pada hari Ahad sebanyak 313 kali sebanyak bilangan rasul-rasul, dan beristighfar sebanyak 100 kali, nescaya Allah akan meluaskan rezekinya daripada apa yang ia tidak sangka-sangka.
Menurut Imam Al-Ghazali, barangsiapa membaca Bismillah sebanyak 12000 kali, setiap 1000 kali sembahyang [...]
Senjata Bagi Mukmin: Khasiat Basmalah (1)
Bersabda Rasulullah SAW: " Barang suatu pekerjaan yang tidak dimulai dengan Basmalah, yakni bismillaahir rohmaanir rahiim, maka terputuslah ia". Imam Syeikh Zainal Abidin dalam kitab tauhidnya Aqiidatunnajiin menerangkan yang dimaksudkan dengan "terputus" di sini ialah terputus dari rahmat Allah, walaupun pada zahirnya ianya sempurna namun di sisi Allah ianya masih belum sempurna.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh DarulQutni dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: " Adalah jibril pernah datang menjumpai aku dengan membawa wahyu, mula-mula yang diberikannya kepadaku adalah Bismillaahir rahmaanir rahiim".
Satu hadis dari sayyiditina [...]
Berubat Megikut Sunnah Satu Kewajipan Ummat Islam
Assalamulaikum warohmatullahi wabarokaatuh... Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah Taala, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah S.A.W, penutup segala nabi, sahabat-sahabatnya, keluarganya dan zuriatnya yang solihin. Doa dipanjatkan ke atas guru-guru yang telah mengajarkan segala ilmu dunia dan akhirat, ibu dan ayahku, pendahwah-pendakwah dan muslimin-muslimat yang dirahmati Allah....Amiin ya rabbal Aalamin
Wahai saudara seislamku, ketahuilah bahawa segala perkara yang berlaku di dunia ini adalah dengan kehendak Allah Taala dan izinNya.Kesihatan,kekayaan,kecantikan,ketenangan,kemakmuran,kebahagian adalah dariNya [...]
Mencegah Lebih baik daripada Berubat
Kita selalu mendengar ucapan ini, tetapi amat susah untuk dilaksanakan. Itu sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia. Penyakit ada dua macam, pertama : Penyakit Zahir iatu penyakit yang menyerang jasad manusia luar dan dalam. Kedua: Penyakit Batin iaitu penyakit yang menyerang hati dan roh manusia. Kedua-dua penyakit ini ada disebut oleh Rasulullah SAW bukan sekali, malah berkali-kali. Baginda juga mewariskan pelbagai zikir dan amalan yang mesti dilakukan oleh orang mukmin untuk mengelak daripada penyakit dang mengubatinya. Cuma kita tidak mahu mengkaji dan mempelajari segala yang telah disampaikan oleh baginda. Antaranya adalah zikir-zikir [...]
Pengalaman Berubat 1
Baru-baru ini, seorang murid sekolahku selalu pengsan di sekolah. Kadang-kadang sampai dua kali satu hari.Pendek kata pengsan je sedar, sedar je pengsan. Aku diberitahu kawan-kawan tetapi memandangkan masa tu aku sudah pulang, jadi tak dapatlah berbuat apa-apa. Guru lainlah kena hantar murid tu balik bila dia sedarkan diri. Aku pula masuk sekolah pukul 10 pagi balik pukul 4 petang...dua sesilah katakan.
Hari tu, kebetulan aku berada di sekolah. Dia pengsan lagi dan aku dipanggil seorang ustazah yang mengajar kelasnya. Aku tengok terbaring atas lantai dengan mata terbeliak dan tangan mengeras. aku baringkan di atas meja.
Aku bacalah apa yang [...]
Kursus Rawatan islam
Alhamdulillah, baru-baru ini aku telah mengikuti kursus rawatan Islam bersama pengasas Darul Manzil, Ustaz Khairul Syakirin. Beberapa ilmu rawatan dan amalan sebagai perawat Islam telah diijazahkan oleh beliau kepada semua penuntut pada hari itu...
Terima kasih ustaz....
Teman-teman boleh tengok kat atas...ada gambar. Seronoh jugak ambik gambar bila pergi kursus...boleh tengok balik kan..kalu tak ambik maknanya tak boleh tengoklah..
Sebelum ni pun ada pergi kursus tapi tak ambik gambar...jadi tak bolelah letak.
Bercakap tentang rawatan Islam, saya lihat hari ini bukan saja ustaz-ustaz yang berminat malah selain ustaz pun ada. Ada engineer, [...]
Tuesday, 2 August 2011
Alu-Aluan Dariku
Assalamulaikum warohmatullahi wabarokaatuh... Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah Taala, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W, penutup segala nabi, sahabat-sahabatnya, keluarganya, zuriatnya, para tabiin dan tabi' tabien yang solihin. Doa dipanjatkan juga ke atas guru-guru yang telah mengajarkanku segala ilmu dunia dan akhirat umumnya, khususnya yang telah mengajarkanku ilmu perubatan Islam melalui pengijazahan, pengisian, kursus-kursus dan bimbingan amalan, iaitu Guruku Al-Fathil Bapak Erry Ebriansyah bin Zikri Effendi Bin Syeikh Shihabuddin Pengasuh Ilmu Hikmah Mujarrob Dan Ilmu [...]
Ilmu-Ilmu Perubatan Alternatif
Terdapat lima jenis ilmu perubatan alternatif yang sering diamalkan sekarang. Kesemuanya ada elemen dan ciri-ciri yang tersendiri tetapi apa yang penting, ilmu-ilmu ini berkait rapat dengan agama kita, yakni agama Islam. Setiap perawat merawat pesakit dengan salah satu ilmu ini, bahkan ada yang merawat menggunakan kombinasi atau gabungan beberapa keilmuan yang disebutkan ini.
Ilmu-ilmu yang dimaksudkan ialah:
1- Ilmu Ruqyah: Iaitulah ilmu perubatan yang berasaskan kepada ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa Rasulullah yang mustajab. Ada juga doa-doa para sahabat, tabiin dan para wali masyhur. Ianya dibaca dengan kuat dan nyaring agar [...]
Subscribe to:
Posts (Atom)